Orang ramai menangis tengok Zamani didukung turun dari pentas

Orang ramai menangis tengok Zamani didukung turun dari pentas. Penyanyi terkenal di era 1990-an dikenali dengan nama Zamani ini bukan calang-calang dalam industri hiburan tanah air. Kini bergerak secara solo, sebelum ini Zamani adalah vokalis kumpulan Slam. Sehingga kini Zamani memiliki peminatnya yang tersendiri.

Bagaimanapun, kesihatan Zamani Slam yang menghidapi skoliosis atau dalam kata lain masalah tulang belakang melengkung sejak beberapa tahun lalu telah menimbulkan rasa simpati ramai. Keadaannya yang terkini itu semakin membimbangkan, namun Zamani dilihat masih memberikan komitmen dengan hadir mengadakan persembahan.

Baru-baru ini satu rakaman dengan paparan keadaan Zamani terkini selepas membuat persembahan telah meraih perhatian ramai. Dalam video itu kelihatan Zamani cuba turun dari pentas dibantu oleh beberapa lelaki dan diserbu peminat.

Berikut adalah perkongsian rakaman keadaan Zamani terkini itu yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun lilyforiz:

@lilyforiz Sedih je tgok depan mata keadaan zamani smlm.. #Pestaorkid #zamanislam #kualarompinpahang🇲🇾 #foryoupage #berandafyp ♬ Kurnia – Slam

Orang ramai menangis tengok Zamani didukung turun dari pentas

Sebaknya melihat penyanyi kesayangan ramai ini! Dapat dilihat dengan jelas Zamani didukung untuk memudahkannya turun dari pentas tersebut.

Perkongsian video dengan paparan tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan 66 ribu likes. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang turut bersimpati dengan keadaan Zamani didukung untuk turun dari pentas itu. Berikut antara luahan ramai yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Sedih tengok keadaanya semoga segala urusan dia dipermudahkan dengan baik dan lancar”

“Semoga cepat sembuh”

“Aduh sedihnya tengok keadaan dia…Ni masa dia masa kita nanti tak tahu macam mana nanti”

BACA:

Tindakan pelajar non-muslim pasang yaasin halau hantu jadi kecoh

Ismail dedah punca sebenar Agong kecewa

Patutlah buat aksi pelik, rupanya kucing ni nak selamatkan keluarga dari ular