Orang ramai persoal kos bina kubah sekolah milik penceramah terkenal hampir setengah juta

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Orang ramai persoal kos bina kubah sekolah milik penceramah terkenal hampir setengah juta kubah masjid kubah national park masjid lapan kubah kubah masjid nabawi kubah ria masjid 8 kubah klinik gigi kubah ria kubah hijau kubah ria kuching[/bg_collapse]

Orang ramai persoal kos bina kubah sekolah milik penceramah terkenal hampir setengah juta. Tindakan seorang pendakwah bersuara lantang Abdullah Kairi memuat naik hantaran rayuan derma wakaf bagi menyiapkan pembinaan kubah sebuah surau mengundang kritikan netizen.

Dalam hantaran di media sosialnya itu, beliau memaklumkan kos sebenar pembinaan kubah surau Pusat Kecemerlangan As-Syafie dengan keluasan 60×60 kaki persegi adalah RM490,000 atau hampir setengah juta ringgit sekaligus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Apa yang dikesalkan oleh netizen adalah mengapa perlu membina kubah dengan kos begitu mahal sedangkan dana yang digunakan adalah dengan kutipan derma awam.

Sebahagiannya merasakan tidak wajar dana derma awam digunakan secara boros sedemikian sedangkan islam tidak mewajibkan kubah mahal sebagai syarat wajib membina kubah masjid atau surau.

“Kubah apolah harga macamtu, mengalahkan rumah banglo”, kata seorang pengguna.

“Guna kayu Berlian ke tu,” tulis seorang pengguna sinis mengaitkan isu pembinaan jeti kayu termahal di Sarawak.

“60×60 tu luas giler kubah dia, tak rasa buang duit ke. Saya baru sahaja siapkan surau 60×60 dengan kos RM500k muat 600 orang. Lagi berbaloi daripada hanya dapat sebiji kubah,” tulis seorang lagi pengguna.

“RM490k tu dah boleh buat lebih 20 biji rumah untuk golongan asnaf,” kata sorang lagi pengguna.
Malah ada juga yang menawarkan khidmat untuk membina kubah tersebut dengan dengan harga sekitar hanya RM250,000.

Sebahagian netetizen juga turut menasihatkan para pendakwah agar tidak bertindak ‘menjual agama’ demi kepentingan mereka.

BACA:

Tabung Haji : MB Kelantan perlu rajin membaca sikit – Mujahid

Selepas kerajaan ‘sound’ harga tiket kapalterbang melambung, harga tiba-tiba..

Rayuan Haji 2022 kini dibuka, klik pautan ini sekarang