Orang ramai teruja tengok pandu uji Proton X90

Oleh GEMILANGDAILY

Orang ramai teruja tengok pandu uji Proton X90. Nampaknya kali ini Proton betul-betul menguji bakal model baharu mereka ‘kaw-kaw’. Agak jarang kita melihat unit ujian model baharu Proton alami kerosakan hingga terpaksa berhenti di tepi jalan kan?

Kelibat unit ujian bakal model crossover MPV X90 (VX11) telah berjaya dirakam menerusi kamera pemuka (dashcam) kenderaan yang dinaiki oleh rakan pembaca kami bernama Mohammad SHahiran.

Video yang dikongsikan di ruangan komen salah satu hantaran di Facebook kami itu memaparkan X90 (VX11) yang lengkap berceloreng terpaksa berhenti di tepi jalan dan mungkin mengalami kerosakan/masalah teknikal.

Spyshot: Proton X90 jalani ujian enduran maksimum hingga rosak di bahu jalan • Motoqar

Kelihatan hud depannya terpaksa diangkat dan ada seorang individu (mungkin salah seorang penguji dari unit R&D Proton) berada di hadapannya untuk melakukan pemeriksaan.

Orang ramai teruja tengok pandu uji Proton X90

Di belakang unit ujian X90 (VX11) itu pula ada sebuah Mazda CX-9 yang mungkin dijadikan sebagai kenderaan pengiring merangkap kenderaan penanda aras untuk sesi ujian tersebut.

Tidak dinyatakan pula bila dan di mana lokasi kejadian tersebut dirakam oleh si pengirim. Kami juga tidak mengetahui apa masalah teknikal yang berlaku kepada unit ujian X90 (VX11) tersebut.

Namun, ini bermakna Proton betul-betul ‘melenjan’ unit ujian X90 (VX11) ini ke tahap maksima. Segala data yang diperoleh semasa tempoh ujian itu nanti akan dijadikan panduan bagi mengatasi segala masalah yang ada.

BACA:

Lelaki ‘bertelekung’ curi handphone jemaah dalam surau perempuan

Buah Nangka buat perut masuk angin? Ini penjelasan sebenar

Ruhanies tarik perhatian lelaki gatal selepas lentok atas kerusi gaming