Orang tua pun ada yang tak hadam perlembagaan, Ali Muda sindir Hadi

Orang tua pun ada yang tak hadam perlembagaan, Ali Muda sindir Hadi

Amboi-amboi sedapnya mulut dia mengata orang mentang mentang dia lebih dulu makan garam daripa orang muda..

Mungkin betul orang muda atau budak tak baca habis lagi, tapi orang tua pun terbukti tak baca habis perlembagaan dan sejarah pembentukannya sehingga orang tua itu mengatakan wajib melawan BN kerana ia mengekalkan perlembagaan penjajah!

Dan orang-orang tua dalam Pas juga terbukti tak baca habis fakta-fakta berkaitan halangan perundangan dan bidang kuasa persekutuan dan negeri ketika mendraf dan meluluskan enekmen hudud di Kelantan dan Terengganu itu. Sekarang dah terhantuk baru tengadah..

Malangnya orang-orang tua yang tak baca habis hal undang undang itu telah mengkafirkan atau memunafikkan pihak-pihak yang tak setuju atau mengkritik enakmen itu dulu. Sekarang bila kamu sedar kamu pun tak boleh buat sebab ada halangan perundangan, kamu tak kafir atau munafikkah?

Dulu bila orang lain buat alasan kerana ada halangan perundangan, kamu kafir atau munafikkan. Sekarang kamu pula buat alasan, kenapa tak kafir dan munafikkan diri kamu sendiri?