“Orang tuaku seolah tak boleh terima kalau aku tunaikan tanggungjawab pada isteri. Sedangkan duit aku dan adik-adik bagi dah cukup untuk belanja sebulan”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Assalamualaikum. Saya menulis ini sebagai nasihat semata. Kepada ibu bapa mertua. Terutamanya ibu bapa belah lelaki.

Nota: tidak semua mertua sebegini. Tapi ramai. Saya sebenarnya hendak tujukan kepada ibu bapa kandung saya sendiri.

Tapi ibu bapa saya ada sifat ‘ibu bapa tidak pernah salah’.

Sebaliknya mereka akan lebih mendengar kalau perkara ini disampaikan melalui medium lain. Saya kasihan pada isteri saya.

Pada awal perkahwinan dia sangat ceria bila kami balik ke rumah ibu bapa saya (Saya akan sebut mertua saja) tapi semakin lama dia menjadi semakin pendiam. Kami suami isteri berkerjaya. Duduk sendiri.

“Orang tuaku seolah tak boleh terima kalau aku tunaikan tanggungjawab pada isteri. Sedangkan duit aku dan adik-adik bagi dah cukup untuk belanja sebulan”

Rumah kami ditengah tengah, makna jarak ke rumah ibu bapa saya dan ibu bapa isteri sama. Hujung minggu kami akan balik kampung.

Ibu saya ada sifat suka mengumpat. Tapi isteri jenis ‘jangan cerita hal orang’. Bila ibu saya mengumpat hal hal biras, besan, jiran tetangga, malah bapa saya, isteri akan bagi jawapan ‘tidak berani hendak cakap pasal (nama orang berkenaan)’.

Lama-lama ibu saya jadi malas bercerita dengan isteri. Ibu saya kata tidak best lah cerita dengan bini kau ini. Tidak ada komen pun. Bila isteri cuba cerita pasal hal lain e.g. resepi dan sebagainya, ibu saya tidak minat sangat.

Ibu saya juga bersifat ‘ibu sempurna’. Dari segala segi. Contoh: isteri saya potong kacang panjang serong. Emak saya potong menegak. Isteri saya potong timun bulat bulat.

Emak saya potong panjang. Emak saya akan gelakkan dan cakap isteri tidak pandai masak dan sebagainya. Dan akan cerita tentang hal ini pada orang2 lain. Jadi isteri sudah malas masak dan serba salah hendak tolong di dapur kalau balik. Kalau tolong pun isteri akan tanya ‘ini potong macam mana emak’. Dan emak saya akan cakap. ‘tidak akan tidak tahu’.

Dulu isteri tidak bekerja sebab lepas grad kami terus kahwin dan dia mengandung. Semasa mengandung dia buat bisnes online. Sekarang isteri sudah mula kerja.

Kami sama2 jurutera.
Maslahnya bila isteri mula kerja ibu saya cakap Lepas ini boleh bagi emak duit banyak2 sebab steri engkau sudah kerja tidak payah harap duit engkau lagi’. Buat pengetahuan, saya selama ini memang bagi ibu duit dengan jumlah yang agak besar.

Tetapi ibu bapa perlu ingat besar mana pun gaji isteri, saya perlu bayar nafkah. Tambahan pula, hidup ibu bapa saya sudah cukup mewah.Ibu bapa saya dirumah dari saya kecil kami selalu makan makanan mewah.

Contoh ikan merah, ketam, udang. Tapi bila saya dan isteri beli bahan basah, kadang-kadang kami beli udang. Ibu saya akan tegur dan kata untung lah kami makan mewah. Lupa emak ayah.

Ibu bapa saya tidak boleh dan pantang bila dapat tahu yang kami beli carpet baru, atau cat rumah baru, atau beli katil baru. Ibu saya akan cakap ‘ini guna duit kau kah. Kenapa tidak guna duit bini kau. Kenapa tidak belikan emak sekali’. Sedangkan rumah ibu saya sudah ada segalanya. Malah baru ganti wallpaper.

Ibu bapa saya seolah tidak boleh terima kalau saya tunaikan tanggungjawab pada isteri. Sedangkan duit saya dan adik beradik bagi untuk ibu bapa saya sudah cukup untuk ibu beli bahan basah, beli baju, produk muka dan barang kemas.

Malah ibu saya juga tidak boleh kalau saya bawa isteri kemana mana. Hatta Aeon sekali pun. Hatta kfc sekalipun. Buat pengetahuan, saya tetap tunaikan tanggungjawab ,nafkah untuk isteri dan anak.

Saya tengok isteri memang terlalu berjauh hati dengan ibu bapa saya. Kalau balik kampung tidak pernah tidak migraine yang teruk muntah muntah. Sebab terlalu stress agaknya. Tapi isteri tidak mengadu. Tidak perlu mengadu pun sebab saya ada mata.

Saya hendak nasihatkan ibu bapa diluar sana, anda bukan sahaja seorang mertua, tetapi juga menantu. Masihkah anda ingat betapa nervousnya anda suatu ketika dulu untuk masuk ke keluarga baru. Berharap diterima, dilayan dengan baik.

Masihkah anda ingat, anda juga mahukan privasi, mahu menentukan hala tuju perkahwinan sendiri. Mahu kadang bercuti, makan diluar. Adakah ibu bapa sekalian sentiasa membawa mertua semasa keluar makan.

Saya pohon berilah ruang kami anak muda untuk menjayakan perkahwinan kami. Sejujurnya saya tidak pernah hadapi apa-apa masalah bila ke rumah ibu bapa isteri. Ibu mertua selalu cakap ‘sukahati kau orang lah hendak atur macam mana’.

BACA: “Saya tak perasan masa bila ibu makan, menangis saya melihat yang tinggal untuk ibu adalah baki pinggan dan cawan yang tak habis dikemas”