‘Order cat lain, sekali dapat warna lain, siap kena lencana Mugen’

Order cat lain sekali dapat warna lain siap kena lencana Mugen

‘Order cat lain, sekali dapat warna lain, siap kena lencana Mugen’. Seorang pemilik Honda Stream berasa kecewa apabila hasil cat baru yang dilakukan di sebuah bengkel tidak seperti yang diinginkan.

Pengguna akaun Facebook bernama Nurul Azli menyatakan proses cat baru berkenaan mengambil masa selama sebulan lebih bahkan pemilik bengkel memberikan pelbagai alasan bagi menyiapkan keretanya.

“Orang lelaki ni kalau orang usik kereta dia buat benda bukan-bukan macam ni, memang buat DOWN teruk.

Order cat lain sekali dapat warna lain siap kena lencana Mugen'Order cat lain, sekali dapat warna lain, siap kena lencana Mugen'

“Kerja ambil sebulan lebih, banyakla alasannya. Aku tak kisah dgn masa dan harga, tapi kalau kena macam ni memang aku tak boleh TERIMA,” luahnya.

Lebih membuat pemilik sakit hati apabila pihak bengkel turut menyembur cat pada bahagian trim pintu bahkan lencana Mugen pada bahagian lip.

Kerja akhir yang dilakukan kakitangan bengkel berkenaan juga tidak kemas yang mana masih terdapat lelehan cat selain cermin depan MPV tersebut pecah.

“Kalau tak mampu buat jangan buka kedai cat kereta,” tulisnya.

Azli menjelaskan di ruangan komen dia mempercayai bengkel tersebut selepas mereka memaklumkan boleh melakukan semburan cat yang diinginkan.

“Bila sembang dia kata boleh buat apa yang saya minta, tapi satupun tak terbuat.. orang tu pun tak jumpa boss, dia biarkan budak dia jee.

“Block terus kes macam ni, viralkan nanti orang lain terkena pula,” katanya.

Azli memberitahu sudah membayar deposit sebanyak RM2,000 dan enggan membayar baki servis kerana tidak berpuas hati.

“Suruh diaorang call sampai sekarang tak berani..RM2800. Bayar RM2k deposit, balance tak pandang dah.

“Masa sembang buka harga RM2,800 sebab body cantik, saya suruh buka bumper depan belakang jika perlu tambah bagi tahu. Last-last bagi tahi pulak..,” kongsinya.

Baca Juga :
Mona Allen kini berhijrah, “tak perlu umum dah pakai tudung pun” – Pekin
3 kesalahan ini selalu dibuat orang bila pilih tinted kereta
Semua jenis ubat sirap dan cecair diharamkan Indonesia selepas ada kes kematian

CATEGORIES