Seorang lelaki berusia 35 tahun meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik s
elepas dipercayai sedang mengecas telefon bimbitnya semasa tidur, lapor Radar Surabaya.
Kejadian yang berlaku pada Selasa di Bitung, Tangerang, Indonesia, itu menyaksikan tangan mangsa yang terletak berdekatan kabel plag yang rosak dan menggelupas.
Telefon bimbitnya pula hanya terletak beberapa inci dari tubuh mangsa.
Sebuah video yang menunjukkan penemuan mayat mangsa turut menjadi tular di media sosial.
Dalam video tersebut, lelaki tersebut kelihatan sedang tidur dalam keadaan wajah dan tangan kirinya mengalami kecederaan teruk ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mangsa dikatakan melecur teruk di bahagian muka dan tangan kiri. Radar Surabaya melaporkan, mayat mangsa dijumpai oleh seorang penduduk yang terhidu bau busuk yang datang dari rumah sewa mangsa. Apabila diperiksa, penduduk tersebut mendapati mangsa terbaring dengan sebahagian tubuhnya yang telah menjadi hitam akibat renjatan elektrik.
Polis tempatan segera tiba di tempat kejadian setelah menerima laporan dan mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. Menurut pegawai polis Cikupa, Ipda Udi Muhdi, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan tanda kecederaan yang jelas pada wajahnya.
Sebuah video berdurasi 0:32 saat yang menunjukkan keadaan mangsa turut mendapat perhatian ramai di laman X, dengan pelbagai reaksi dari orang ramai. Di ruangan komen, ramai netizen menyatakan pendapat yang serupa, iaitu mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.
“Soket disambungkan ke banyak kabel dan sangat berbahaya, apatah lagi mangsa tidur di atas lantai dengan tangan berdekatan kabel,” kata seorang netizen.
“Jika dari pengecas, kuasa elektrik mungkin sedikit dan kalau pegang sahaja tidak rasa renjatan elektrik. Tapi boleh jadi juga sebab terlalu panas disebabkan pengecasan berlebihan, yang mengakibatkan bateri meletup,” kata seorang lagi netizen.
BACA: Wanita ajar cara menabung tanpa sedar berjaya simpan RM12000!