Perbandaran Alor Gajah (MPAG) setelah dikesan berkeliaran tanpa pengawasan oleh pemiliknya di Taman Warisan Kemang, Masjid Tanah, awal pagi tadi.
Yang Dipertua MPAG, Saifuddin Abdul Karim, menyatakan bahawa Op Ternakan Berkeliaran dijalankan
Dari pukul 12 tengah malam hingga 8 pagi setelah pihaknya menerima aduan mengenai ternakan yang mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
Katanya, sebanyak 12 ekor kerbau berjaya ditangkap dan akan disita di lokasi tersebut dalam tempoh lima hari
sehingga pemilik membuat tuntutan dan menyelesaikan bayaran kompaun berjumlah RM1,000 bagi setiap ekor ternakan.
“Sebelum ini, kita telah membuat hebahan peringatan kepada penternak agar sentiasa mengawal ternakan mereka melalui media sosial dan secara bersemuka.
“Ternakan yang berkeliaran ini bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, termasuk merosakkan tanaman dan aspek kebersihan, tetapi juga pernah menyebabkan kemalangan jalan raya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Jelasnya lagi, jika tiada sebarang tuntutan dibuat oleh pemilik ternakan, tindakan lelongan akan dilaksanakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Haiwan Ternakan (MPAG) 2012.