Padam rakaman CCTV dan curi duit kasino RM53 juta, Polis Korea buru wanita Malaysia

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pihak polis di Korea Selatan sedang memburu seorang wanita warga Malaysia selepas wang dari sebuah kasino, berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta), hilang secara misteri.

Wanita yang dicari ini dilaporkan sebagai salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan dana di kasino tersebut.

Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), kasino yang dikenali sebagai Landing Casino terletak di pulau Jeju, Korea Selatan, dan dimiliki oleh sebuah firma dari Hong Kong.

Landing International Development Ltd., pemilik firma Hong Kong tersebut, juga mengendalikan resort terbesar di Korea, Jeju Shinhwa World.

Kehilangan wang tersebut telah diumumkan oleh Landing International Development Ltd.

Padam rakaman CCTV dan curi duit kasino RM53 juta, Polis Korea buru wanita Malaysia

kepada pemegang saham dan pelabur melalui laman web rasmi mereka.

Dalam kenyataan tersebut, pihak mereka memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan dan mereka sedang memburu kakitangan yang terlibat, seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an.

Difahamkan, rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian ‘kecurian’ itu juga dikatakan telah dipadam. Walaupun begitu, pihak berkuasa masih yakin bahawa wang tersebut masih berada di Jeju kerana keseluruhan wang itu mempunyai berat 280 kilogram.

Oleh itu, agak sukar untuk seseorang membawa keluar dan melepasi pelabuhan atau lapangan terbang dengan jumlah wang yang besar itu.

BACA: Pemandu van jenazah kongsi kisah mayat bangkit sebelum terbaring semula selepas 15 minit