Pak arab dekati Zhiddin Aziz, ajak lakukan hubungan sejenis di Mekah

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz, meluahkan rasa terkejut apabila berdepan dengan situasi

Di mana seorang individu mendekatinya untuk meminta melakukan hubungan seks ketika dia berada di tanah suci, Mekah.

Menerusi hantaran di Instagram, Zhiddin memuat naik video detik perbualannya dengan seorang lelaki di lobi hotelnya semasa menunggu ibunya.

“Ini saya berada di lobi hotel Makkah, hanya lima minit dari Kaabah, tetapi perangai orang begini tetap ada.

Video ini untuk mengingatkan walau di mana pun kita berada, dosa itu tetap ada,” katanya menerusi penerangan dalam video tersebut.

Pak arab dekati Zhiddin Aziz, ajak lakukan hubungan sejenis di Mekah

Dalam video itu, pempengaruh berusia 22 tahun ini merakam perbualan antara dirinya dan seorang lelaki yang dipercayai penduduk kawasan tersebut.

Pada awalnya, lelaki tersebut bertanya sama ada Zhiddin bersendirian di Mekah, namun Zhiddin memberitahu bahawa dia bersama ibunya di Tanah Suci.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SEDAGHE™ (@zhiddinazizz)

Lelaki itu kemudian menawarkan untuk membawanya ke bilik hotel Zhiddin agar mereka dapat meluangkan masa bersendirian. Namun, Zhiddin menolak dan bertanya tentang niat sebenar lelaki tersebut.

“Terus terang awak ni gay ke?” soalnya kepada lelaki itu.

Lelaki tersebut mendedahkan bahawa dia sebenarnya suka kepada kaum sejenis. Zhiddin lalu mempersoalkan jika lelaki itu ingin melakukan hubungan seks dengannya.

Tanpa segan silu, lelaki itu mengiyakan permintaan tersebut, tetapi Zhiddin dengan tegas menolak dan meminta lelaki itu beredar dari situ.

“Kalau itu niat awak, simpan sahaja. Saya tak mahu menjadi salah satu daripada anda. Tolong tinggalkan saya. Saya tak mahu dalam perbualan ini lagi,” kata Zhiddin.

Lelaki itu kemudian memohon maaf sebelum meninggalkan Zhiddin di lobi, tetapi sempat menyentuh tangan Zhiddin sedikit.

Pada akhir video, dapat dilihat sosok seorang lelaki mengenakan pakaian Arab yang sedang beredar. Difahamkan, ini bukanlah kali pertama Zhiddin diganggu sepanjang berada di Tanah Suci, dan lelaki itu juga sengaja menyentuh Zhiddin ketika perbualan.

Hantaran tersebut disertakan dengan kapsyen ringkas, “Disebalik Mekah,” yang memberikan kesan mendalam kepada pengikutnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dengan kejadian itu kerana masih ada segelintir individu yang berani mengajak orang lain melakukan perkara terkutuk di Tanah Suci.

Bahkan, ada yang mengakui bahawa perkara ini sememangnya berlaku di Tanah Suci, tetapi tidak dihebahkan mungkin kerana tidak sempat mengambil video dan seumpamanya oleh mangsa.

BACA: Tudung Aprena Manrose terbang ketika main badminton, sekali lain pula netizen perasan