Pelakon Fattah Amin memilih untuk tidak menerima wang komisen daripada penglibatannya dalam mempromosikan sebuah produk makanan.
Sebaliknya, Fattah, atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menyalurkan wang komisen tersebut sebagai sumbangan infak kepada golongan yang memerlukan.
Menerusi tangkap layar perbualan dengan syarikat berkenaan, Fattah meminta pihak pengurusan untuk menguruskan hasrat murninya itu.
“Alhamdulillah, terima kasih boss. Cuma komisen itu nak minta team uruskan boleh?
Infak kepada orang yang perlukan,” katanya.
Perkara tersebut dikongsi oleh jenama makanan Pat Mat Western, yang mengeluarkan produk makanan perap. Berdasarkan nilai komisen yang dikaburkan, dipercayai ia berjumlah ribuan ringgit.
Hantaran oleh pihak jenama tersebut diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai.
“Dia (Fattah) tolak komisen dan tak ambil satu sen hasil penat lelah menjual kambing.
Dia yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia,” kata pihak berkenaan.
Sebelum ini, Fattah tampil mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di media sosial. Selain bercakap tentang produk tersebut, Fattah juga turut bekerja melayan pelanggan yang hadir semasa sesi penggambaran.
BACA: Bukan sahaja menjadi pagar makhluk halus, garam juga mampu rawat penyakit kronik