Pakar sejarah hembus nafas terakhir semasa terima rawatan hospital

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pakar sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor, sekitar jam 4.30 pagi.

Allahyarham, yang juga bekas penyandang Kursi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM),

Beliau menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di hospital tersebut.

Jenazah Allahyarham kini berada di hospital dan akan dibawa ke Surau Seksyen 3, Shah Alam untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) dalam satu hantaran di Facebook turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau.

Pakar sejarah hembus nafas terakhir semasa terima rawatan hospital

“Allahyarham yang merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya telah banyak berjasa dan menyumbang dalam pembangunan akademik serta kebajikan pelajar sepanjang tempoh khidmatnya.

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh warga Universiti Malaya dan seluruh dunia akademik.

“Sumbangan Allahyarham kepada pendidikan sebagai Pakar Sejarah serta kepimpinannya akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang,” tulis hantaran tersebut.

Sebagai makluman, anak Allahyarham, Reza Zainal, melalui satu hantaran di Facebook pada Rabu lalu memaklumkan bahawa ayahnya telah dibawa ke unit kecemasan di hospital berkenaan akibat kemerosotan kesihatan.

Menurutnya, keadaan ini berpunca daripada komplikasi diabetes yang dialami oleh Allahyarham.

BACA: Pemandu Bas RapidKL dari syurga, bas sampai lambat pun minta maaf