Pakcik sedekah 2 mesin dialisis harga RM80k, rupanya dia baru lepas ‘jackpot’ 6 angka! BEKERJA sebagai pekerja pembersihan mungkin bergaji kecil.
Namun lelaki ini mempunyai hati dan jiwa yang besar apabila memasang impian untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Begitulah perjalanan hidup individu dikenali sebagai Kali apabila dia mewakafkan dua mesin dialisis berharga RM80,000 ke sebuah pusat dialisis menggunakan wang hasil jualan tanah.
Bercakap kepada mStar, perunding hartanah yang bertanggungjawab menjual tanah milik Kali iaitu Izhar Azimat, 57, berkata, hasrat pelanggannya untuk mewakafkan mesin dialisis untuk pesakit buah pinggang itu disuarakan pelanggannya itu sejak awal tahun lalu.
Hantaran Izhar di Facebook mengenai Kali menarik perhatian ramai.
Namun katanya, hasrat Kali atau Kalipulizan hanya dapat direalisasikan selepas setahun, setelah mengambil kira proses menjual tanah dan tempahan mesin dialisis berkenaan.
“Tahun lepas Kali lantik saya untuk jual tanah dia. Sebenarnya, hasrat dia nak wakafkan mesin dialisis tu sebelum tanah dia terjual lagi. Tanah dia terjual tahun lepas juga.
“Kali sangat istimewa walau dia cuma seorang cleaner. Kalau dalam keadaan biasa, orang seperti dia pasti banyak keperluan untuk dipenuhi tapi dia memilih untuk mengutamakan orang lain,” katanya kepada mStar.
Izhar berkata, Kali yang berusia 50an dan berasal dari Perlis itu merupakan seorang yang merendah diri dan bersederhana.
“Orangnya simple, cuma ada motor, tak ada kereta. Motor itulah yang digunakannya ke sana sini untuk urusan harian termasuk ke tempat kerja di pusat dialisis.
“Saya pernah suarakan dengan cadangan sebahagian duit hasil jual tanah tu, belilah kereta pun walau second hand untuk kemudahan dia berulang-alik ke.
“Jawapan dia juga simple saja ‘Biarlah bawa motor masa hujan sekalipun, saya boleh pakai baju hujan’,” ujar Izhar yang berpengalaman sebagai perunding hartanah selama lebih tiga tahun.
Izhar (kanan) dan Kali (dua, kanan) bersama yang lain ketika urusan jual tanah, tahun lalu. – foto ihsan Izhar Azimat
Walaupun tanah yang dijual bernilai enam angka, kata Izhar, Kali tidak pernah melupakan pekerjaan yang menjadi sumber rezekinya sejak bertahun-tahun.
“Dia share gambar mesin dialisis yang diwakafkan tu pada sebelah petang. Saya dapat tahu malam itu dia masih bekerja di sana.
“Bagi saya, dia seorang yang hebat. Dia bukan sahaja menggunakan big percentage daripada hasil tanah yang terjual untuk kegunaan masyarakat, tapi dia masih seperti dulu kerja sebagai cleaner,” katanya yang berasal dari Jerlun di Kubang Pasu, Kedah.
Kebanyakan mereka hanya mengagumi orang-orang baik, tapi tidak cuba untuk melakukan kebaikan.
Menurut Izhar, perkongsian kisah Kali di Facebook sehingga dikongsi lebih 2,000 kali hanyalah bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan masyarakat berwakaf.
“Ramai orang mengagumi orang-orang baik di sekeliling kita seperti Kali. Tapi kebanyakan mereka hanya mengagumi orang-orang baik, tapi tidak cuba untuk melakukan kebaikan.
“Kalau orang yang bergaji RM7,000-RM8,000 dianggap bernasib baik, tapi gaji dia sebagai cleaner mungkin tak sebanyak itu, tapi dia juga mampu melakukannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai latar belakang pekerja pembersihan itu.
Dua mesin dialisis yang diwakafkan Kali kepada pusat dialisis di tempat dia bekerja. foto ihsan Izhar Azimat
Selain itu Izhar mendedahkan antara sebab pekerja pembersihan itu dengan rela hati mewakafkan dua mesin dialisis bernilai RM80,000 di pusat dialisis tempatnya bekerja.
“Kali beritahu dia sudah lama bekerja di pusat dialisis. Dan sepanjang dia bekerja, dia dapat lihat ramai sangat orang dapatkan rawatan tak kira tua atau muda.
“Dia sangat tersentuh, jadi hatinya terdetik untuk mewakafkan mesin dialisis untuk kegunaan orang ramai. Alhamdulillah, hasratnya akhirnya tertunai,” katanya.
BACA:
Misteri tingkap rumah bau hancing terungkai, jiran sendiri tergamak simbah air kencing
Gelandangan sedih selalu terima makanan basi, “sudah-sudahlah bagi kami..”