“Pakcik tu duit berkepok” – Anak terkejut kawan sebaya ayah datang merisik

Oleh GEMILANGDAILY

“Pakcik tu duit berkepok” – Anak terkejut kawan sebaya ayah datang merisik. Perkahwinan itu satu sunnah. Namun, cepat atau lambat bukanlah menjadi tugas kita untuk menentukan. Tetapi tak dinafikan, ramai individu terutamanya ibu bapa seakan bimbang sekiranya anak mereka yang dianggap sudah ‘berusia’ masih belum bertemu jodoh. Hal ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada anak-anak.

Dijodohkan dengan lelaki berusia?

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan pilihan ibu bapanya yang mahu menjodohkannya dengan seorang lelaki berusia. Lebih mengejutkan apabila mengetahui lelaki tersebut sebenarnya sebaya bapanya sendiri.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini turut mempersoalkan adakahnya umur yang mencecah 28 tahun sudah dilabel sebagai anak dara tua? sedangkan rakan-rakan perempuan yang seusia dengannya juga masih belum mendirikan rumah tangga tetapi berbeza dengan ibu bapanya yang seakan mendesak dirinya untuk berkahwin.

Boleh kata setiap masa mesti tanya dah jumpa seseorang ke, kalau belum biar ibu ayah tolong cari. Bosan asyik kena tanya je pasal kahwin, saya terlepas cakap ibu ayahlah carikan. Dia orang angguk kepala setuju macam dah ada calon untuk saya tau. Tak lama lepas tu, ada orang masuk merisik. Pak cik tu datang seorang je tak ada isteri ke saudara mara teman dia.

"Pakcik tu duit berkepok" - Anak terkejut kawan sebaya ayah datang merisik

‘Dia cakap panggil lah abang..’

Namun tidak lama selepas itu, ada seorang lelaki berusia datang mahu merisiknya. Ketika itu, lelaki tersebut datang bersendirian tanpa teman. Tambah wanita ini lagi, dari cara pak cik tersebut berbual dengan bapanya seperti mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Bila pak cik tu dah balik, ibu ayah masuk bilik saya. Dia orang tanya macam mana? Okay tak orang tu? Saya tanya balik, tak tahu nak jawab sebab tak tengok lagi anak pak cik tu. Ibu ayah saya kata pak cik tu belum kahwin lagi. Dialah tuan badan nak kahwin dengan saya.

Bapanya juga tidak henti-henti memberitahu bahawa kawannya itu seorang lelaki yang baik dan kaya. Mereka kemudian memintanya supaya mengenali hati budi lelaki itu terlebih dahulu.

Ayah bagi nombor telefon saya dekat pak cik tu. Pak cik tu pun call lepas beberapa hati. Dia tanya sihat ke tak, lepas tu saya panggil pak cik. Dia cakap panggil lah abang. Saya terdiam tak react. Bulu roma saya merinding seram sejuk bila dia sebut abang tu. Sekarang ni rasa macam nak lari jauh. Setiap hari terfikir nak merantau tapi dah terikat hutang dekat sini.

Wanita ini akui buntu dengan situasi tersebut dan berharap dapat menemui jalan penyelesaian.

BACA:

Minta jadi cleaner pun tak lepas – ‘Aku dah penat,duit kering, kawan semua hilang’

Kecoh cubaan merompak barang kemas oleh ‘Ustazah’, siap acu pisau

Orang ramai teruja tengok pandu uji Proton X90