Panas !!! Annuar Musa kena boikot

Panas !!! Annuar Musa kena boikot

Ahli Parlimen di Kuala Lumpur memutuskan untuk tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan (JaKoWIP) esok berikutan gesaan pertemuan khusus mereka dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa tidak dilayan.

Dalam satu kenyataan, sembilan Ahli Parlimen itu berkata terdapat beberapa perkara dasar yang tidak dapat mereka terima termasuk isu terma rujukan, ahli mesyuarat serta aturan mesyuarat.

“Kami telah memohon agar perkara-perkara yang dibangkitkan ini dipinda, dan satu pertemuan khusus di antara Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan segera.

“Malangnya, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dalam surat bertarikh 24 Dis lalu hanya menyatakan bahawa syor-syor kami sedang diperhalusi, dan tiada pertemuan khusus yang akan disegerakan seperti yang diminta,” katanya dalam kenyataan media.

Ahli Parlimen berkenaan adalah Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Hannah Yeoh (Segambut), P Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).

Menurut Ahli Parlimen berkenaan perkara-perkara asas yang dibangkitkan dalam surat mereka pada 7 Dis lalu belum dijawab.

Mereka berkata, pindaan yang diminta belum dilakukan termasuk penyertaan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) sebagai ahli mesyuarat memandangkan mereka adalah lantikan politik yang tiada mandat rakyat Kuala Lumpur.

“Menteri Wilayah Persekutuan perlu sedar bahawa warga Kuala Lumpur telah membuat pilihan yang sangat jelas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan memilih kami sebagai Ahli Parlimen mewakili suara mereka.

“Oleh itu, Menteri Wilayah Persekutuan perlu menghormati mandat tersebut dan segera mengadakan mesyuarat khusus bersama kami untuk meneliti serta menyelesaikan perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebelum ini.”

Pada 6 Jan lalu, Ahli Parlimen di Kuala Lumpur menggesa Annuar segera memberikan maklum balas terhadap surat yang dihantar mereka pada 7 Dis lalu.

Dalam kenyataan, sembilan Ahli Parlimen itu berkata mereka ingin berbincang dengan Annuar mengenai isu penubuhan JaKoWIP, Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kementeriannya.

Menurut Ahli Parlimen berkenaan, JaKoWIP adalah sebuah jawatankuasa yang dirangka sebagai pengganti kepada format Majlis Menteri Wilayah yang wujud semasa pentadbiran Pakatan Harapan.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/18/ahli-parlimen-kl-boikot-mesyuarat-dengan-annuar-musa/