Panas !!! Istana Negara keluar kenyataan petang ini, kemungkinan berkaitan Anwar

Panas !!! Istana Negara keluar kenyataan petang ini, kemungkinan berkaitan Anwar

Istana Negara dijangka mengeluarkan satu kenyataan pada jam 6 petang ini.

Makluman daripada pegawai istana itu bagaimanapun tidak memperincikan isu yang akan disentuh menerusi kenyataan berkenaan.

Pada Jumaat lalu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, tidak memperkenankan sesiapa untuk menghadap dalam masa seminggu kerana baginda masih dalam pemerhatian doktor.

Susulan keadaan gering itu, baginda dinasihatkan doktor untuk berada di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemantauan.

Media sebelum ini melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya dijadualkan menghadap Al-Sultan Abdullah pada 22 September lalu, namun rencana itu terpaksa dibatalkan susulan Yang di-Pertuan Agong gering dan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan ingin menghadap baginda, dipercayai untuk menyembah maklum mengenai perkembangan politik negara, dengan mendakwa bahawa beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan daripada ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/736060/kenyataan-istana-negara-petang-ini-mungkinkah-isu-anwar#.X3GDaHSq1lk.facebook