PANAS | Kartel daging memang wujud, ajak kami ‘berbincang’, dedah PPIM

PANAS | Kartel daging memang wujud, ajak kami ‘berbincang’, dedah PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendakwa mereka dihubungi syarikat-syarikat rangkaian kartel daging untuk ‘berbincang’ mengenai isu berkenan.

Pengerusi PPIM Nadzim Johan bagaimanapun berkata pihaknya tidak berminat untuk melayan cadangan tersebut.

“PPIM ada maklumat, kartel menghubungi kami tapi saya malas nak layan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama aktivis PPIM Sheikh Abdul Karim Said Khadaied.

Ketika diminta mengulas lanjut apakah kartel daging itu mengajak berunding, Nadzim berkata dia tidak melayani permintaan mereka untuk berjumpa kerana tidak mahu terbabit dalam isu itu.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media melaporkan kegiatan menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.

Nadzim turut mendedahkan ada pihak sengaja memainkan isu bahawa Malaysia tidak sesuai menjadi hab penternakan lembu.

Menurut Nadzim, berdasarkan semakan, dakwaan itu datang daripada rangkaian kartel yang turut terbabit dalam isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.

Selain itu, Nadzim juga mendedahkan maklumat diterima pihaknya mengenai kewujudan daging kanggaru menggunakan status halal sejak 1981 lagi.

Katanya, perkara berbangkit mengenai halal perlu diselesaikan pihak berwajib kerana ia membabitkan imej negara sebagai peneraju pensijilan halal.

“Saya dihubungi menerusi nota dari rakan luar negara bertanyakan isu ini. Imej kita terjejas. Kita semua perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi perkara ini,” katanya.

Menurut Nadzim lagi berdasarkan maklumat yang diterima PPIM sehingga kini kegiatan mengimport ekor kanggaru masih ada.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557188