Panas !!! Kenyataan Wan Fayshal ini jadi punca Umno cukup marah Bersatu

Panas !!! Kenyataan Wan Fayshal ini jadi punca Umno cukup marah Bersatu

Pemimpin tertinggi Umno mula menghalakan serangan secara jelas kepada Bersatu apabila Datuk Seri Najib Razak mendedahkan punca kemarahan akar umbi Umno adalah kenyataan Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Saya diberitahu bahawa antara isu yang menaikkan kemarahan akar umbi Umno ialah kenyataan ini dari Ketua Armada PPBM selepas ADUN PPBM dilantik Ketua Menteri Sabah,” tulis Najib dalam facebook beliau malam tadi.

Tulisan Najib dibuat selepas Biro Politik Umno membuat keputusan untuk mengkaji balik kedudukan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional dan memberikan syarat baru kepada Tan Sri Muhyiddin jika mahu Umno kekal dalam kerajaan itu.

Dalam tulisannya sebelum ini, Wan Fayhsal berkata, Bersatu melalui Perikatan Nasional berjaya di Sabah walaupun parti itu baru setahun jagung ditubuhkan.

Wan Ahmad Fahsyal juga berkata, rakyat lebih menyayangi PN daripada parti lain kerana tidak dibayangi dengan skandal dan masalah kronik sehingga rakyat sukar percaya.

Malah Wan Ahmad Fahsyal juga mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Kita akan perkukuhkan koalisi ini bersama rakan kita Pas dalam usaha berdepan dengan PRU-15 yang bakal tiba tak lama lagi,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Ketika mula kenyatan ini disiarkan Wan Fayhsal, Najib sudah memberikan peringatan”Jgn melampau. Rakyat sedang memerhati.”

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/kenyataan-wan-fayhsal-punca-umno-marah-kepada-bersatu-kata-najib/

COMMENTS