Khairy dilapor bakal jadi Menteri Kesihatan?
Barisan kabinet baharu yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat didakwa tidak membabitkan jawatan timbalan perdana menteri.
Sin Chew Daily yang memetik sumber melaporkan, ketiadaan jawatan tersebut adalah kerana wujud persaingan sengit bagi jawatan itu.
Sumber tersebut juga mendakwa, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin bakal diberikan potfolio lebih penting bagi meningkatkan kecekapan pasukan kabinet baharu itu.
“Khairy mungkin akan ke Kementerian Kesihatan (KKM),” memetik laporan tersebut.
Dalam laporan sama, turut menyebut bahawa dipercayai terdapat dua jawatan bagi menteri kewangan.
Laporan itu mendakwa bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dilantik semula.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157896/BERITA/Nasional/Tiada-jawatan-TPM-ada-dua-menteri-kewangan
BACA JUGA :
Vaksin tercemar, 1.6 juta dos tak dapat digunakan
Panas !!! Sebar poster palsu, Hannah Yeoh bakal saman pemimpin Pas