Panas !!! Ku Li tolak jawatan Pengerusi Petronas ditawar Muhyiddin

Panas !!! Ku Li tolak jawatan Pengerusi Petronas ditawar Muhyiddin

Bila baca surat KULI yang dia menolak jawatan dari PM tebuk atap sebagai pengerusi Petronas yang elaunnya ratusan ribu sebulan… Sedangkan Kuli jauh lebih layak memandangkan memang Kuli sendiri mantan Pengerusi Petronas dan Menteri kewangan…

Tidak kah ada rasa malu dari kalangan mereka yang sebelum ini bicara mereka didalam kuliah kuliah kononnya perjuangan mereka hanya mencari Redha Allah.. Tetapi mengejar jawatan dan kedudukan ?Dari Presiden parti dengan label agama sehingga ketua Pemuda mereka mengagihkan ghanimah.. dari jawatan Menteri sehinggalah GLC..

Tidak cukup GLC, habis kuota Menteri hinggakan jawatan Duta Khas bertaraf Menteri pun mereka pulun.. Ambil elaun dan Gaji tapi untuk ke Timur Tengah tetapi bersantai ditasik Kenyir.. Bukan sikit elaun yang diterima , elaun bertaraf Menteri…

Tiba tiba teringatkan pesan Nabi SAW kepada Abu Dzar..

(يا أبا ذر إنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها …

“Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) dan jawatan itu merupakan amanah. Pada hari kiamat kelak ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi mengambilnya dengan dengan haq dan melaksanakan tugas dengan sebenar.”

( Sahih Muslim )

Ipohmali

Sumber :