Panas !!! Laman FB pro Maszlee dedah ‘politiking’ punca Maszlee keluar Pejuang

Panas !!! Laman FB pro Maszlee dedah ‘politiking’ punca Maszlee keluar Pejuang

Dah mula dah keluar pelbagai rumors dan andaian. Mudah je min nak reply.

Bab SD ni dah berapa banyak orang kata yb Maszlee sign. Dulu masa Bersatu kata nak lantik Muhyiddin Yassin, sebagai orang parti yb Maszlee pun signlah sd.

Lepas Tun keluar, dia ikut Tun dan sign lagi sd.

Kalau betul dia sign kat Anwar pun, yang sd kepada Tun tu masih dok ada.

Dan isu sd ni kalau matter sangat, dah lama Agong lantik Tun M jadi PM (lagi).

Tapi tak ada apapun. Bab organisasi ni just nak share la info dalaman yang sahih juga.

Dulu masa perbincangan dah setuju nak lantik Yb Maszlee sebagai Setiausaha Agung. Siap dah mula suruh Yb mula buat kerja.

Tup-tup masa pi hantar dokumen ke Ros, nama yb Maszlee duduk dekat Ketua Penerangan.

Tak ada bincang tak ada apa, sepak terajang macam itu sahaja, itu dikira ‘pandai’ berorganisasi?

Tapi yb Maszlee tak bising sebab itulah gayanya berorganisasi. Ikut sahajalah apa cakap ketua.

Min masih ingat lagi ada orang cerita, yb Maszlee pernah bawa satu idea “politik kerja” kat Tun dan semua geng Pejuang, tapi ditolak gitu sahaja. Hahaha

Politik kerja ni khabarnya yb Maszlee nak fokus parti buat kerja bantu rakyat. Tapi tak dipersetujui.

Tak sehaluan, baiklah dia keluar.

Yb Maszlee dalam pejuang ni hanya orang kecil. Tak perlulah rasa takut dan terancam yb keluar. Pejuang kan dah hebat tanpa Maszlee?

Lagi pun lihat reaksi rakyat Malaysia sambut Yb Maszlee sangatlah meriah dan positif.

Jadi usahlah buat andaian dan macam-macam rumors. Buatlah kerja dan berjuanglah masing-masing.

Sumber :