Panas !!! Lelaki ini dedah terpaksa berhabis hampir RM10 ribu untuk dapatkan air bersih di Kelantan

Panas !!! Lelaki ini dedah terpaksa berhabis hampir RM10 ribu untuk dapatkan air bersih di Kelantan

Ini post Politik kerana ada orang cuba pertikai isu air di Kelantan.

Saya kalau boleh taknak hangatkan balik isu air di rumah saya. Saya tinggal di Kota Bharu,bawah jagaan Timbalan Menteri Kelantan.

Isu air di kawasan rumah saya dari dulu,sampai sekarang belum. Lepas 3 bulan ketiadaan air,saya ambil inisiatif pasang sistem air sendiri.

Saya ‘boring air’,beli 2 pump. Satu pump tarik air dari tanah masuk ke dalam tangki yang pertama dan airnya seperti dalam gambar.

Kemudian dari tangki kotor ini,saya guna satu lagi pump untuk bawa air ke dalam filter pertama dan terus ke dalam tangki yang kedua. Dari tangki yang kedua, sekali lagi akan lalu filter lain dan pump ke rumah saya .

Alhamdulillah air yang saya dapat bersih,boleh digunakan untuk cuci baju berwarna putih. Saya habiskan sebanyak RM10k untuk sistem ini.

Tangki yang saya guna sangat besar tapi bila keluarga dari kampung datang,hanya boleh bertahan satu hari lebih sahaja hingga kami terpaksa letak senggang masa bila nak cuci baju.
.
Jadi sangat tidak logik kalau satu tangki boleh digunakan oleh 20 keluarga secara berterusan. Memang air akan terus di-refill apabila kosong tapi kena tengok pula kadar air masuk dan air keluar. Orang bandar pun tahu sistem float valve ,kita semua belajar dalam Kemahiran Hidup kecuali anda ponteng kelas.

Hatta,itu lah sistem mangkuk tandas yang digunakan.

Kelantan dan isu air tidak akan selesai.
Sepertimana Kelantan dan isu balak.
Sudah berdekad parti Hijau memerintah.
Tanah yang hijau pun sudah coklat jadinya.
Tapi walaun masih menyokong teguh di belakang.

Nasihat saya,kalau nak berpolitik,jangan tengok pada parti. Tapi nilai pada kerja buat. –FB