Panas !!! Menteri Agama pernah bertemu anak di asrama sekolah pada 28 September

Panas !!! Menteri Agama pernah bertemu anak di asrama sekolah pada 28 September

Seorang anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri difahamkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.

Langkah itu diambil susulan ayahnya didakwa positif Covid-19 selepas mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan pulang ke Kuala Lumpur pada 24 September lalu.

Sumber memberitahu Malaysia Dateline, pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA), Bandar Tun Razak di Cheras itu berada di sekolah dan asrama tersebut sejak 28 September hingga 1 Oktober lalu.

Menurut sumber, Dr Zulkifli datang ke SMISTA pada 28 September dan bertemu dengan beberapa individu serta mengerjakan solat Zohor di Masjid Saidina Othman Ibn Affan.

“Menteri (Dr Zulkifli) selepas itu bawa anaknya keluar makan dan ke asrama untuk menghantar barang.

“Tentunya sepanjang pertemuan dan pergerakan itu, terdapat sentuhan antara ayah dan anaknya itu,” kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, beliau bimbang dengan risiko penularan jangkitan Covid-19 terhadap pelajar-pelajar dan guru di SMISTA yang mempunyai kontak sepanjang empat hari dengan anak Menteri Agama tersebut.

“Hari Khamis lepas (30 September), Dr Zulkifli bawa pulang anaknya. Tapi sebab apa tidak tahu pula.

“Hanya semalam (4 Oktober), yang saya dapat tahu anak Menteri itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari kerana ayahnya balik dari Sabah,” katanya.

Sumber berpendapat langkah kuarantin sepatutnya perlu dilaksanakan terhadap seluruh warga sekolah termasuk semua guru.

Untuk rekod, SMISTA MAIWP merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mula beroperasi sejak 2011.

Laman sesawang rasmi SMISTA MAIWP menyebut, terdapat 363 pelajar, 50 orang guru dan 18 orang Guru Tahfiz Jemputan selain lapan orang staf di sekolah tersebut.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/anak-menteri-agama-kuarantin-bagaimana-pula-seluruh-pelajar-smista/