Peguam junior saman peguam terkenal kerana gangguan seksual.Seorang peguam berusia 27 tahun menyaman sebuah firma guaman dan rakan kongsi kanan atas dakwaan gangguan seksual semasa dia menjalani latihan dalam kamar.
Beliau juga menamakan seorang peguam 44 tahun dan sebuah syarikat sebagai defendan pertama dan kedua.Plaintif memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Oktober.
Insiden itu didakwa berlaku di firma tersebut antara 3 Disember 2018 hingga 11 September 2019.
Menurut laporan Malaysiakini, plaintif mendakwa dia terus diganggu oleh defendan pertama semasa berkhidmat sebagai paralegal selepas tamat latihan praktikal.
Setakat ini, tidak pasti sama ada dia masih bersama syarikat itu atau pon sudah berpindah.
Plaintif antaranya mendakwa defendan berulang kali mengajaknya keluar makan tengah hari dan minum kopi berdua, menyandar rapat badan, mengintainya bekerja serta membuat komen berkaitan tubuh dan bau badannya.
Dalam kenyataan itu juga Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan/atau teladan, kos serta faedah lima peratus setahun serta apa-apa relif yang difikirkan wajar dan perlu oleh mahkamah.
Dia juga mendakwa defendan memulakan mencengkam tengkuknya di lantai tarian, menyentuh bahunya serta memulakan perbualan berkaitan “raja Thailand mengambil gambar telanjang isterinya”.