Panas !!! Rakyat ‘mengamuk’ di FB Muhyiddin bantah belanjawan 2021

Panas !!! Rakyat ‘mengamuk’ di FB Muhyiddin bantah belanjawan 2021

Sejurus selepas pembentangan bajet 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul di parlimen pelbagai reaksi rakyat timbul disana-sini bercerita mengenai belanjawan tersebut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memuatnaik satu kenyataan media mengulas lebih lanjut mengenai belanjawan 2021 yang disifatkan mampu menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan ekonomi demi kemakmuran bersama.

Namun reaksi pengunjung laman Facebook Muhyiddin ternyata tidak begitu positif terhadap belanjawan yang telah dibentangkan. Masing-masing mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap belanjawan yang diumumkan yang disifatkan tidak menyeluruh dan tidak seperti yang rakyat idamkan.

Faridz Bunian menulis ” JASA di hidupkan dgn budget 82 juta?? Untuk apa? Alat propaganda PN? PN tak lama nie.. PRU15 bungkus. Maintenance jln2 felda yg beribu kilometer cuma bg 50 juta?? Harap cepat laa bungkus PN nie”

Jani Daud pula menulis ” kurgkan jumlah menteri…jimatkan duit negara”

Azizan Abu Bakar menulis ” Kalau dapat moratorium di beri secara automatik. Baru kump M40 akan dapat bantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dgn bantu B40 dan B20 khususnya. Harap ada masa dalam perbahasan ini utk ubah fikiran TSMY.”

Cahaya Chinta menulis ” Peniaga2 kantin sek yg terhimpit, terjejas akibat penutupan sekolah , mengharapkan pengeluaran wang kwsp ini bg modal perniagaan. Kami sgt terkesan kerana tiada pendapatan dan pekerja pun lari …”

Farrid Rizal pula menulis ” utk golongan ISI RUMAH M40 apakah manfaatnya??? adakah ckup dgn bantuan isi rumah rm750 tu shj?? kwsp akaun 1 pun xdpt, moratorium x lulus, mereka juga mkn nasi dan ada anak2 utk disara… adakah ini cara mdengar rintihan rakyat????”

Haiqal Hermanshah Rahman menulis “Tiada apa yg diharapkan dari budget 2021. Kata budget yg ditunggu2…ramai yg kecewa. Bacalah sikit komen”

Tenku Maharezza pula menulis “Sebelum bentang bajet tadi saya ada komen , “Kwsp 10k atau kami gelar abah bapa perutusan khas, pilih2″…sekarang abah dah pilih, dan kami terpaksa untuk meratib “bapa perutusan khas” bermula hari ini tanpa henti..maaf abah, kami terpaksa hmm”

Sumber :