Panas !!! Senarai orang politik positif Covid-19

Panas !!! Senarai orang politik positif Covid-19

Kelmarin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 287 kes baharu Covid-19 direkodkan. Dan ia antara yang tertinggi direkodkan semenjak mula merebaknya wabak ini di Malaysia.

Peningkatan kes baharu yang begitu ketara membuatkan ramai netizen menyuarakan kebimbangan.

Ramai netizen percaya peningkatan kes berlaku susulan Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung baru-baru ini.

Jika kita mengikuti perkembangan terkini perbincangan yang trending di alam maya pada masa ini kita boleh melihat seolah-olah ada satu gerakan di kalangan netizen yang menyuarakan kemarahan mereka terhadap ahli-ahli politik yang dikatakan sebagai punca kepada gelombang ke-3 Covid-19.

Pilihan Raya Negeri Sabah yang baru selesai menjadi sasaran kecaman dari netizen yang menyalahkan ahli-ahli politik sebagai bersikap mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menggadaikan keselamatan rakyat.

Rata-rata pengguna Twitter mula mewujudkan tanda pagar #KlusterMenteri dan #PoliticianPuncaVirus bagi meluahkan rasa berang yang dipendam.

Kedua-dua tanda pagar yang mula trending sejak kelmarin itu telah meraih lebih 20,000 ribu ciapan.

Aktor, Pengarah filem Bront Palarae turut mengulas mengenai situasi semasa yang berlaku dalam negara di akaun Twitter rasminya.

Tulis Bront : “Pak-pak menteri dan ahli-ahli politik sekalian, mohon jangan jadi ketam ajar anak berjalan.

“Kalau anda tak mampu menggalas amanah, jangan bebankan rakyat dengan sifat tidak bertanggungjawab anda,” tulisnya.

Ciapan yang ditulisnya sekitar awal malam Khamis itu telah mendapat ulang kicau sebanyak lebih 42,000 kali dan 31,000 tanda setuju.

Secara keseluruhan, jika kita lihat pada trend ini, netizen agak cenderung dengan menyasarkan kumpulan ahli politik dari blok kerajaan. Kebanyakan ahli politik yang disahkan positif Covid-19 adalah dari pihak Perikatan Nasional (PN) & Barisan Nasional (BN).

Gelombang ketiga Covid-19 berlaku bukan kerana adanya PRN Sabah tetapi kerana kegagalan kerajaan menguruskan situasi dalam norma baharu.

Berikut adalah senarai ahli-ahli politik yang disahkan positif Covid-19. Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

1. YB Ahmad Masrizal Mohamad (UMNO/BN)
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Senator Dewan Negara

2. YB Amiruddin Yusof (UMNO/BN)
ADUN Ayer Limau, Melaka

3. YB Azman Nasrudin (PPBM/PN)
EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap ADUN Lunas, Kedah

4. Razlan Rafii (UMNO/BN)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

5. Shahril Hamdan (UMNO/BN)
Ketua Penerangan UMNO

6. Sufian Abd Karim (UMNO/BN)
Calon BN untuk Pitas merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah

7. Maizatul Akmam Alawi (UMNO/BN)
Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi merangkap Penolong Bendahari Wanita UMNO

Sumber : https://www.thefrontmedia.com/politicianpuncavirus-senarai-ahli-ahli-politik-malaysia-yang-disahkan-positif-covid-19/