Panas !!! Teguran terbuka buat Parti Amanah Negara

Panas !!! Teguran terbuka buat Parti Amanah Negara

Saya terbaca mengenai rakan dari parti Amanah yg saya hormati Kak Hana mengenai partinya. Beliau yg saya anggap pimpinan awal parti tersebut cuba menasihati rakan2 partinya jgn suka menyindir dan adalah baik bersemuka jika ada perasaan tidak berpuashati.

Saya insan yg tidak berparti, saya ingin memberi pandangan mengenainya. Ya saya pun dulu sgt menyokong dan masih menyokong Amanah kerana bukan semua yg berperangai seperti itu.

PRU14 saya berkempen utk parti itu setiap malam di pentas ceramah bersama Dr Hatta dan Cikgu Yahya. Kami memang tidak yakin Amanah akn menang kerana ahli Amanah hanya sekitar 500 ahli sahaja ketika itu.

Jadi saya ingin beri pandangan ringkas sahaja kenapa parti ini masih lagi suram penerimaan ahlinya berbanding parti2 lain. Ia sekadar pandangan peribadi dari pembacaan dan perbualan dgn individu dlm parti itu sendiri. Terpulang mahu berlapang dada menerima pandangan saya ini.

Amanah gagal ganti PAS seperti diharapkan org kampung dan agamawan. Slogan Rahmat Seluruh Alam itu seolah hanya sebagai slogan bagi mereka. Akhir PAS masih berkuasa di kubu2 mereka.

Amanah gagal meletakkan ramai tokoh agamawan di barisan pimpinan. Penasihat Umumnya, TG Ahmad Awang dan Timbalannya dilihat hanya boneka di dlm parti. Beliau tidak diletakkan ditempatnya sepertimana layanan PAS kpd Mursyidul Am mereka.

Amanah tidak fokus mencari ahli. Mereka tiada strategi bagaimana utk menambahkan keahlian seperti dilakukan UMNO, PAS, DAP dan PKR. Fokus mereka lebih ke arah menghentam parti lawan dan kawan. Ini satu kesilapan yg besar.

Saya bersetuju dgn Kak Hana yg menegur mereka ( ahli Amanah ) yg suka menyindir rakan parti komponen. Ramai ahli parti Amanah saya melihat mereka menulis lebih fokus menghentam mereka yg tidak sependapat dgn Mat Sabu.

Akhirnya rakyat melihat tiada bezanya tuduhan Amanah menggelarkan ahli PAS walaun sdgkan mereka juga seperti itu. Saya faham that it is not easy for members to escape the PAS mentality… tapi Insyallah jika pemimpin mahu mendidik, perubahan tetap akn berlaku. Mahu dan tidak mahu saja.

Jika dulu 24 jam mereka sibuk menghentam parti lamanya dan skg mereka sibuk menyindir parti komponen terutama PKR… untuk apa? Implikasinya rakyat melihat parti hanya kerja menghentam parti lain tanpa menyedari parti sendiri adalah parti kecil, parti baru yg masih byk kelemahannya. Almost 10 months penulis2 parti Amanah wasting their time menghentam Anwar kerana tidak bersetuju melantik Mahathir atau Syafie Apdal seperti kemahuan Presiden mereka.

Majoriti penyokong PH yg terdiri daripada Melayu bandar, Cina, India, Dusun, Iban, Dayak sgt marah dgn Mahathir. Malangnya Mat Sabu selaku Presiden Amanah tanpa alasan yg ampuh kenapa beliau pertahankan Mahathir telah membuatkan penyokong PH berang, hilang kepercayaan dan menganggap parti Amanah tiada bezanya dgn PAS ( parti main dua kolam).

Sewajarnya Mat Sabu selaku Presiden sibuk berkempen utk menambah ahli Amanah dan penyokong atas pagar agar menyokong PH tetapi Mat Sabu dilihat sibuk mempertahankan Mahathir. Jika Amanah ditinggalkan PKR dan DAP saya pasti kesemua pemimpinnya hanya duduk di luar Parlimen sambil membaling mikrofon.

Seperti saya katakan sebelum ini warna rasmi Amanah tidak menarik minat org Melayu luar bandar. Logo dan warnanya dilihat tidak Islamik. Letaklah logo anak bulan, bintang yg sinonim dgn Islam asal bukan muka Mat Sabu. Begitu juga warna tukarlah… sejak dulu warna Oren ini agak asing dgn org Melayu. Tanya saya tukar ke warna putih. Ia mcm isu remeh tapi impaknya agak besar.

Daripada rakan2 pemuda Amanah memberitahu saya, mereka sendiri tidak gemar dgn imej Mat Sabu skg yg dilihat ‘rugged’ dan mereka juga mengatakan era lawak bodoh itu hanya sesuai ceramah2 di kampung atau di pentas Maharaja Lawak.

Ada kelompok anak muda yg lain pula memberitahu yg mengejutkan saya dari maklumat yg diberikan… jika Mat Sabu berterusan menyokong Mahathir tidak mustahil Amanah akan terpecah dua. Jujur kata mereka 40% ahli Amanah adalah Anwar supporters.

Saya menyokong pendapat anak muda tersebut. Ini kerana di era 1998 kemarahan org Melayu yg ketika itu 40% bersama UMNO dan selebihnya atas pagar telah keluar parti dan beramai ramai menyertai PAS. Saya masih ingat di Kg. Baru berbaris wanita seksi mengisi borang PAS semata mata mahu menunjukkan perasaan marah kpd Mahathir.

Dari kelompok ini juga ramai yg keluar PAS menyertai Amanah. Jiwa mereka bukan 100% kpd PAS tetapi kerana marahkan Mahathir.

Amanah perlu sekurang kurang membuka sebuah Sekolah2 Taqlim seperti PAS di setiap negeri kerana dari sini maka lahir generasi yg memperjuangkan Amanah utk masa hadapan. Berulang kali saya telah menulis mengenainya. Amanah mesti ada target seperti menjelang 2030 mereka menjadi parti pilihan org Melayu di kawasan small town, Melayu desa dan golongan agamawan.

Amanah tidak boleh jadi seperti PKR yg sudah lama memiliki pengaruh dari Melayu profesional atau intelektual di bandar2 besar. Sasaran Amanah adalah mengisi tempat yg ditinggalkan oleh PAS.

Semalam Salahuddin Ayob dgn bangga mengatakan Amanah tidak mahu bekerjasama dgn perompak dan penyamun. Bukankah Mahathir itu seperti dikatakan Mat Sabu sendiri adalah bapa segala perompak? Adakah Mahathir itu clean? Adakah Syafie Apdal itu clean? Adakah ahli2 Amanah, DAP mahupun PKR 100% clean???

Lalu kita ingin bertanya integriti itu siapa orangnya yg dimaksudkan Salahuddin Ayob? Cukuplah PAS sahaja maksum jgnlah Amanah pun begitu.

Di manakah slogan Rahmatan Lil Alamin? Apa salahnya jika Najib menyokong kpd kebaikan bukannya kita mahu mengangkat beliau menjadi PM. Apakah ada MP ‘UMNO Islam’ menyokong kpd kebaikan tiada peluang mereka utk berbuat kebaikan sdgkan Amanah boleh menerima DAP yg bukan Islam? Malah lebih teruk dari itu boleh menerima org yg bersifat munafik dan berpura pura berbuat baik demi legasinya?

Actually Mahathir tak layak to says abt corruption, nepotism or kleptocracy. Saya nak ketawa bila Mahathir beritahu Mukhriz went into politics only after he stepped down as the prime minister.

Amanah dilihat tiada well plan utk pencapaian 10 tahun dari skg. Bagi saya Amanah ada good future yg baik jika ada perancangan yg betul. Pemimpin parti ini jgn ambil jalan mudah utk mencapai kemenangan. PKR pun ambil masa 22 tahun utk jadi sehebat sekarang.

Sampai bila Amanah mahu bergantung kpd Mahathir, Dap dan Warisan? Jika Mat Sabu atau LGE sudah tiada tidak mungkin hubungan Amanah dan DAP akn kekal seperti skg. Maklumat diterima masyarakat Cina akn menolak DAP jika berterusan menyokong Mahathir.

Akhir kata seperti dikatakan Kak Hana… cukup2 lah menyindir parti lain dlm satu pasukan apatah lagi pasukan kita kecil. Anggaplah kita ini penyokong Sheffield United dan jgn teruja ‘menganjingkan’ penyokong MU dan Liverpool. Kita kena ada perasaan malu berbuat demikian.

Teguran saya ini bukan mahu lihat Amanah senasib S46 tetapi mahu melihat Amanah berdaya saing dan menjadi parti pilihan org Melayu utk generasi akn dtg. Amanah boleh melakukan asalkan lebih positif…. kunci kejayaan adalah tindakan.

Sumber :

COMMENTS