Panas !!! Umno masih kunci mulut sokong Anwar atau tidak

Panas !!! Umno masih kunci mulut sokong Anwar atau tidak

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ‘mengunci mulut’ ketika ditanya sama ada parti itu kini telah beralih arah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ada ke sebut begitu (dalam kenyataan media Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO),” katanya pada sidang media sebaik selesai Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada UMNO telah memberikan sokongan kepada Anwar susulan parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

UMNO dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO malam tadi sebulat suara mempertimbang untuk menarik diri daripada menyokong PN dan akan memberi syarat baharu kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

Hari ini, suhu politik negara kembali panas apabila Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/105216/BERITA/Politik/UMNO-kunci-mulut-ditanya-sokong-Anwar-atau-tidak