Kita ditular dengan surat pekeliling dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru ini mengenai isu sambutan Pesta Ponggal melibatkan murid Muslim di sekolah.
Pihak KPM mengeluarkan satu surat dalamnya dipetik pandangan yang dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain menyebut tentang hukum melibatkan pesta tersebut, dan dinyatakan juga beberapa garis panduan untuk diikuti KPM dalam perkara ini melibatkan murid Muslim di bawah kementerian tersebut.
Persoalan saya, apakah pandangan itu suatu fatwa? Apakah pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut berbidangkuasa mengeluarkan hukum? Apakah kenyataan dikeluarkan mengikat pihak yang terlibat?
Bagi jawapannya saya nyatakan seperti berikut…
Pertama kita perlu melihat sama ada JAKIM adalah badan mempunyai bidangkuasa membuat suatu hukum atau mengeluarkan fatwa sesuatu hukum syara’, jawapannya tidak.
Baik, kita ke persoalan kedua, jika JAKIM bukan badan berbidangkuasa mengeluarkan fatwa atau hukum syara’, siapakah yang mempunyai bidangkuasa tersebut?
Jawapannya, hanya institusi Fatwa Negeri dan peringkat Kebangsaan sahaja mempunyai autoriti untuk membuat suatu fatwa atau mengeluarkan suatu hukum syara’.
Institusi fatwa menjadi rujukan umat Islam di Malaysia.
Terdapat pelbagai fatwa diputuskan dalam berbagai bidang kehidupan sama ada muamalat, ibadat hinggalah ke bidang sains dan teknologi.
Di Malaysia, fatwa diputuskan dikategorikan dalam tiga bentuk, iaitu pertama, fatwa yang diwartakan; kedua, jawapan-jawapan fatwa diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa fatwa dan ketiga, fatwa yang dikeluarkan oleh mufti secara persendirian berbentuk lisan dan tulisan.
๐๐ฎ๐๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐๐ฒ๐ด๐ผ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ถ๐ธ๐ฎ๐ (๐ฏ๐ถ๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด) ?
Hanya fatwa kategori pertama sahaja mengikat, manakala kategori kedua dan ketiga tiada sebarang implikasi undang-undang.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, di mana terdapat 14 jawatan mufti mewakili 14 buah negeri.
Dalam proses istinbat hukum, mufti dibantu Jawatankuasa Fatwa.
Di Johor, Kedah dan Terengganu jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Fatwa.
Di Sabah dipanggil Majlis Fatwa manakala bagi Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan, ia dipanggil Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
Berlainan di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Pulau Pinang dikenali dengan Jawatankuasa Syariah.
Di peringkat kebangsaan pula, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan ditubuhkan pada awal tahun 1970.
Institusi fatwa dilihat penting dalam menyelesaikan masalah atau isu baru yang timbul kalangan umat Islam.
Di Malaysia, institusi fatwa mempunyai peranan dan tanggungjawabnya yang tersendiri menyelesaikan persoalan mengenai hukum syarak serta menjelaskan kekeliruan dan kesamaran sesuatu hukum yang timbul di dalam masyarakat.
๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง๐ช๐
Fatwa Pada Bahasa
Ia diambil daripada ููุชู ุงูุชู- yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum
permasalahan.
Pengertian fatwa menurut ahli usul fiqh:
Ibn Manzur menerangkan bahawa fatwa ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh Mufti mengenai sesuatu hukum, atau satu keputusan hukum yang dikeluarkan oleh faqih (seorang yang berpengetahuan luas lagi mendalam dalam perundangan Islam.
(Othman 1981:9)
Fatwa ialah ism masdar yang bermaksud โiftaโ atau mengeluarkan fatwa, dengan jamaknya iatu โal-fatawaโ atau โal-fatawiโ. โAl-istiftaโ pula ialah meminta jawapan terhadap sesuatu perkara yang dimusykilkan atau memberi erti pertanyaan.
Fatwa dalam hukum syarak ialah memberi penerangan tentang hukum syarak berdasarkan kepada dalil bagi orang yang bertanya tentangnya (Uthman 2006 :1)
๐๐ฎ๐๐๐ฎ ๐๐ถ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
Kenyataan Mufti yang diterbitkan melalui Warta Undang-undang (Ahmad Hidayat Buang 2006 :44).
Maksud ini berbeza dengan istilah yang terdapat dalam fiqh.
Oleh yang demikian, fatwa di Malaysia telah menjadi urusan rasmi pemerintah yang dikawal pengeluarannya dan dikuatkuasakan peruntukannya.
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐๐ฎ
Fatwa memainkan beberapa peranan yang penting dalam sesebuah negara Islam seperti di Malaysia.
Antaranya ialah: (Abdul Monir 1998:58)
a. Memberikan penjelasan hukum hakam untuk pegangan mustafti (orang yang memohon fatwa) dan masyarakat;
b. Membuat penyeragaman dan penyelarasan hukum untuk kepentingan umum;
c. Menyelesaikan masalah dan pertikaian di kalangan masyarakat dan ummah;
d. Mewujudkan suasana perpaduan, kesatuan dan persaudaraan di dalam kehidupan seharian di kalangan umat Islam;
e. Memperlihatkan imej dan maruah Islam serta ummahnya yang tinggi pada pandangan masyarakat bukan Islam;
f. Fatwa yang telah diputuskan dan diwartakan merupakan suatu peraturan dan undang-undang yang mengikat orang ramai terutama kepada mustafti untuk memahaminya; dan
g. Fatwa menjadi rujukan di dalam sesuatu hal berhubung dengan hukum hakam dan hal ehwal Islam yang timbul dari semasa ke semasa
Berbalik kepada persoalan saya tadi, apakah JAKIM mempunyai bidangkuasa mengeluarkan hukum syara’ dan fatwa, jawapannya tidak.
Baik siapakah berbidang kuasa berbuat demikian, jawapannya Jawatankuasa Fatwa.
Apabila JAKIM membuat suatu pandangan kepada KPM, secara asasnya pandangan itu tidak mengikat KPM, JAKIM bukan badan mempunyai autoriti berbuat demikian berkait dengan hukum syara’.
Maka, pengeluaran surat pekeliling meletakkan pandangan JAKIM, hanya suatu pandangan yang tidak mengikat, dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Saya telah sebut jelas di atas tadi, hatta pandangan Mufti pun ada 3 bentuk, dua darinya tidak mengikat dan boleh dikuatkuasaskan, inikan pula sekadar pandangan JAKIM.
Bila YB Datuk Seri Mujahid Yusuf sebut tentang surat pekeliling dikeluarkan KPM, pada pandangan saya, beliau faham tentang peranan institusi agama di bawah beliau, dimana JAKIM bukan badan berautoriti mengeluarkan suatu hukum, tetapi hanya memberi pandangan yang tidak mengikat dan boleh dikuatkuasakan.
Sebaliknya, jika KPM merujuk kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, isu yang dirujuk kemudian dibincangkan dalam mesyuarat, difatwakan, seterusnya digazet, baharulah ia menjadi suatu fatwa yang mengikat dan perlu dipatuhi, itupun sekadar mengikat bagi Wilayah Persekutuan sahaja, bukan negeri-negeri lain, sebagaimana kita sedia maklum, fatwa mengikat negeri yang terlibat, bukan negeri-negeri lain.
Semoga penjelasan saya jelas, dan dapat difahami sebaiknya berkenaan isu Pesta Ponggal yang saya lihat menjadi polemik berpanjangan dimainkan media massa, padahal isunya ialah pandangan diberikan JAKIM bukan pandangan yang berautoriti untuk mengikat KPM dari segi hukum syara’.
๐ ๐ผ๐ต๐ฑ. ๐๐ถ๐ธ๐ฟ๐ถ ๐๐ฏ๐ฑ. ๐ฅ๐ฎ๐ต๐บ๐ฎ๐ป
๐๐ฎ๐ป๐๐ป ๐๐ ๐๐ก๐๐