Setiap tahun, kita sering mendengar tentang kawasan-kawasan di negara ini yang berisiko menghadapi banjir,
Terutamanya ketika musim tengkujuh tiba. Banyak di antara kita mengambil cuti panjang dan melancong bersama keluarga atau rakan-rakan,
Tanpa menghiraukan risiko banjir yang mungkin melanda kawasan tertentu.
Banjir bukan sahaja boleh merosakkan infrastruktur dan mengganggu perkhidmatan, malah ia turut membawa risiko penularan penyakit.
Oleh itu, adalah amat penting untuk membuat persediaan awal dengan langkah-langkah keselamatan yang betul agar sumber-sumber yang diperlukan tersedia pada waktu yang kritikal.
Bagi mereka yang merancang untuk berpindah rumah pada musim hujan ini, jangan risau. Dengan menggunakan perkhidmatan TheLorry, proses pemindahan rumah dapat dilakukan dengan mudah walaupun pada musim banjir.
Di bawah ini kami kongsikan 7 langkah persediaan yang perlu diambil sebelum menghadapi banjir:
1. Simpan Dokumen Penting dan Barang Berharga dalam Bekas Kalis Air
Pastikan barang-barang berharga dan dokumen penting disimpan dalam bekas kalis air atau ditempatkan di kawasan yang selamat dari risiko terkena air banjir. Ini adalah langkah utama yang perlu diambil agar dokumen dan barang berharga tetap selamat.
2. Sediakan Bekalan Air Bersih untuk Mandi dan Minum
Ketika banjir, air yang tersedia biasanya tercemar. Oleh itu, simpan bekalan air bersih untuk kegunaan mandi dan minum, terutama bagi mereka yang mempunyai orang tua atau bayi.
3. Kenali Lokasi Pusat Pemindahan dan Bantuan Terdekat
Dapatkan maklumat dari wakil penduduk atau pihak berkuasa tempatan mengenai lokasi pusat pemindahan dan bantuan yang terdekat, agar anda boleh bersiap sedia jika perlu berpindah.
4. Sediakan Peralatan Kecemasan Yang Mencukupi
Pastikan anda mempunyai peralatan kecemasan asas seperti:
-Penutup luka (bandages)
-Gauze roll dan pad
-Instant cold pack
-Bandages elastik
-Selimut kecemasan
-Termometer
-Pita perekat
-Manual pertolongan cemas
-Sarung tangan dan lain-lain
Peralatan ini penting untuk kecemasan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
5. Sediakan Powerbank Untuk Kegunaan Kecemasan
Powerbank sangat penting dalam memastikan telefon pintar anda boleh berfungsi apabila bekalan elektrik terputus. Pilih powerbank dengan kapasiti besar agar ia tahan lama dan boleh digunakan lebih lama.
6. Bersiap Sedia Untuk Berpindah dan Patuh Arahan Pihak Berkuasa
Sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan arahan pihak berkuasa. Jika hujan berterusan, pastikan anda sudah bersedia untuk berpindah, kerana air boleh naik dengan cepat. Penting untuk memantau situasi di kawasan anda, terutamanya jika ia merupakan kawasan berisiko banjir.
7. Ikuti Hebahan dan Berita Terkini
Sentiasa ikuti berita terkini melalui radio, televisyen, dan agensi kerajaan.
Dapatkan maklumat dari Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah berdekatan.
Dengan mengetahui perkembangan terkini, anda dan keluarga dapat membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi banjir.
Dengan langkah-langkah persediaan ini, anda dapat mengurangkan risiko kesulitan dan memastikan keselamatan diri serta keluarga ketika menghadapi banjir.
BACA: Rupanya ini niat sebenar kapal perang Amerika singgah Malaysia