Papan iklan PBT tayang video lucah dikecam penduduk tempatan

Oleh NADIA HARON

Orang ramai terkejut apabila sebuah papan iklan digital memaparkan video lucah pada malam Khamis.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) mendakwa bahawa skrin tersebut telah digodam menggunakan teknologi canggih.

Kejadian tersebut berlaku di Connaught Place, New Delhi, India.

Polis Delhi mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat kes tersebut.

“Siasatan sedang dilakukan untuk menangkap pelaku di sebalik insiden ini,” kata seorang pegawai.

Papan iklan PBT tayang video lucah dikecam penduduk tempatan

Rakaman lucah itu kemudiannya dipadamkan oleh pegawai Perbadanan Perbandaran New Delhi (NDMC).

Namun, insiden tersebut menyebabkan kekecohan dalam kalangan orang awam.

BACA: ‘Isteriku owner rumahku’ Lelaki tak sangka rumah yang disewa rupanya milik isteri