Paras air laut di Jakarta lagi tinggi dari daratan undang reaksi netizen

Oleh NADIA HARON

Seperti yang diketahui, Indonesia sedang merancang untuk memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan.

Keputusan ini diambil kerana terdapat ramalan bahawa Jakarta akan tenggelam dalam beberapa tahun akan datang.

Beberapa faktor utama menyebabkan kawasan tersebut berisiko tenggelam, termasuk penurunan tanah dan perubahan iklim.

Paras air laut di Jakarta lagi tinggi dari daratan undang reaksi netizen

Setiap tahun, paras air laut di Jakarta semakin meningkat, yang dapat membahayakan penduduk di sana.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Noname berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan terkini paras air laut di sebuah lokasi di Jakarta.

Melalui video tersebut, jelas terlihat bahawa paras air laut di pantai wilayah itu hampir melepasi tembok penghadang di tepi pantai.

@samjaridane #kata ♬ suara asli – samjaridane – RGR Apparel

“Jakarta akan tenggelam dengan lebih cepat,” ujar Noname dalam videonya. Beliau menjelaskan bahawa tanah di Jakarta mengalami penurunan sebanyak 12 hingga 18 sentimeter setiap tahun.

Keadaan ini terbukti ketika tembok besar yang dibina untuk menghalang banjir dilanda oleh air laut yang ditolak oleh ombak kuat. Noname turut menyebut bahawa pembinaan Giant Sea Wall di Jakarta untuk mengatasi banjir masih berlangsung sejak dimulakan pada tahun 2014.

@rijalmau87 emang bener ya? #jakartatenggelam2030 ♬ Yasir Lana – Ai Khodijah

Walau bagaimanapun, video tersebut juga menunjukkan bahawa ombak yang kuat dapat membuatkan air laut mampu melepasi tembok penghadang tersebut.

Sebelum ini, ada ramalan bahawa Jakarta mungkin akan tenggelam menjelang tahun 2050, tetapi melalui video ini, tampaknya Jakarta mungkin menghadapi risiko tenggelam dalam tempoh yang lebih cepat.

Penurunan tanah dan kenaikan paras air laut dianggap sebagai faktor utama yang menjadikan Jakarta sebagai bandar yang paling cepat tenggelam di dunia.

BACA: Wanita pertama dalam perkhidmatan awam meninggal dunia