Pas arah pemimpinnya agar tidak serang Tun M

Pas arah pemimpinnya agar tidak serang Tun M

Aku dengar hujung-hujung telinga ada sahabat bagitau bahawa Dote Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri (fuhhhhh panjang jawatan dia) memberikan ingatan kepada semua ahli parlimen parti dia supaya ketika berbahas di Parlimen, berceramah di mana-mana mahu pun semasa wawancara dengan sesiapa pun jangan sesekali menyentuh, menyinggung atau menyerang Tun M.

Nahhhhhhh…. patutlah selama sidang Dewan Rakyat ni tak dengar langsung kalam Tun di dalam Dewan keluar dari mulut ahli parlimen depa.

Pasai apa tak boleh sentuh atau kondem Tun? Haaaaaaaaa itu la lebai. Dalam bodoh depa ada cerdiknya. Cerdik depa kena kat depa.

Depa tau AbahCoww tu tak lama mana dah.. bila-bila pun boleh lingkup. Dote tu pun dah nampak situasi tu. Tak perlu pun dia bagitau dia mimpi jumpa Nabi dalam isu ni.

Yang si bakal kemaruk dok deal dengan Wak Ponorogo… yang Hamzah pun dok ikut deal dengan bakal… kalau ada yang lain pulak deal dengan Tun tiba-tiba depa dok serang Tun, tak ke Tun tak layan depa kalau depa nak melutut kat Tun?

Cerdik oi lebai ni… dulu dia yang kata Tun tu elok jaga klinik ja bukan jadi PM.. la ni dia pulak larang jangan serang.

Yang kemaruk tu teruskan kemaruk lah…. 12 haribulan tak lama dah..

Sumber :