Pas : Dari pemimpin sampai ke penyokong spesis hati koyak

Pas : Dari pemimpin sampai ke penyokong spesis hati koyak

Ingat nak stop dah isu kartunis sohor tu, tapi bila baca tulisan Dr Mohamed Hadi AH, benda ini memang perangai dia dari dulu lagi. Konon nak fitnah tapi tak sebut nama. Mungkin dia nak posisikan diri dia setanding dengan Zunar, tapi dia lupa yang pepatah kata “Respect Should Be Earned, Not Given”.

Zunar, dia setiap lukisan dia, dia bertanggungjawab atas lukisan dia. Dia sanggup masuk penjara atas lukisan dia. Sebab itu komuniti antarabangsa hargai sumbangan dia terhadap demokrasi di Malaysia. Dan Zunar, zaman PH pun bila OT cuba simpang dari manifesto PH, dia lawan balik melalui pena lukisan.

Sama dengan Reza Fahmi; dia pelukis bi-partisan, siapa yang salah dia kritik. Memang pedih dan sinis juga lukisan dia, tapi orang hormat dia sebab dia kekal dengan prinsip. Siap bila dapat tawaran tender dari kerajaan dia tolak. Ini baru dapat project dengan TV aje pun, dia punya takut nak tegur kebobrokan macam hilang rezeki.

Saya memang tak ada masalahpun dengan karya dia yang lain cuma part yang gambar mujahid itu sengaja dia lukis double meaning; dengan bacaan yang ZN hendak mengislamkan semula Dr Mujahid; dia boleh nafi tapi Allah tahu apa yang tersembunyi dalam hati manusia.

Sesiapa yang menuduh seseorang yang tidak kafir itu kafir, maka kafir itu berbalik kepada dirinya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

أَيُّمَا رَجُلٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Maksudnya: “Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya.”
Riwayat al-Bukhari (6104) dan Muslim (111)

Taktik kafirkan orang ini adalah perangai pentaksub, baru semalam pun saya sudah di kafirkan lagi oleh mereka.

Tapi paling kelakar bila dia delete post tu. Hipotesis saya, sebab dulupun saya pernah kena serang dengan pentaksub dia tapi waktu itu tak nampak lagi double standard dia dalam melukis. Jadi dia ingat kalau dia share post saya, ramai fanatik dia yang 500K tu akan kecam saya; tapi dia lupa, it works both way.

Saya pernah tulis dulu perihal Najib Razak kaki troll dalam facebook tapi in real life dia ini hanya palsu dan kaki koyak. Sebab yang troll tu admin tentera ketum yang dia bayar beribu-ribu sebulan. Najib Razak sendiri speech dia monotonous dan bosan; berbeza dengan kaki troll yang sepatutnya sarkastik dan sinis.

Kartunis sohor itu pun dua kali 5 dengan Najib, dia troll orang boleh, tapi bila kena balik pada diri dia terus koyak; berbeza dengan Zunar dan Fahmi Reza; that why both of them is a class above him.
Pastu ada pula yang kata sebab kartun pun koyak; tapi dia lupa MB Wakedah kena troll kartun aun buat report polis. Itulah dia penyokong PAS, time dia takfir orang siap boleh book pintu neraka lagi. Bila orang sebut lebai dia jual agama terus melenting.

Benda ini sebenarnya mudah sahaja nak tutup mulut orang kalau ego tak nak mintak maaf. Lukis aje gambar ahli politik sekarang yang caca marba; satu kartun pun dah cukup nak tutup mulut pengkritik kata tak bias; sebab dulu zaman 22 bulan, rasanya ekonomi tak la seteruk bila lebai jadi kerajaan. Lebai jadi kerajaan habis haru biru, apa yang mereka fitnah dulu tak pun selesai; tambah pula dengan bala baru yang Allah bagi sebab ada dwi-standard dalam berhukum.

Tapi rasanya final nail to the coffin ialah bila dia tak jangka yang saya akan pakai lukisan yang di buat konon nak bagi sakit hati sebagai DP. Dia expect saya akan koyak tapi apa yang jadi adalah sebaliknya. Rasa kelakar pun ada tapi saya harap dia ambil ibrah dari peristiwa ini sebagai peringatan dari Allah yang kita bertanggungjawab atas amalan kita di muka bumi ini.

WAllahualam.

Sumber :