Pas percaya sisi positif GISBH, siasat jangan berlebih-lebihan

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Pas memohon kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang adil dan tidak berlebihan terhadap dakwaan yang dibuat terhadap GISBH.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menyatakan bahawa Pas mengikuti dengan teliti

perkembangan siasatan berkaitan GISBH, termasuk isu-isu fahaman salah dan eksploitasi kanak-kanak.

“Pas mengalu-alukan siasatan yang telus, terperinci, dan profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap GISBH

Mengikut undang-undang yang sesuai, sama ada melibatkan aspek kepercayaan dan pegangan agama, atau isu lain seperti amalan perniagaan, salah laku seksual, penganiayaan, dan perbuatan jenayah,” katanya.

Pas percaya sisi positif GISBH, siasat jangan berlebih-lebihan

Namun, Takiyuddin menegaskan bahawa kempen dan naratif negatif yang banyak tersiar di media sosial mengenai kumpulan ini, yang mendesak tindakan segera dan tegas, harus dihadapi dengan cermat.

“Pas menggesa semua langkah diambil dengan teliti bagi memastikan tidak berlaku pengabaian hak, ketidakadilan, dwi standard, atau tindakan yang berlebihan.”

Pas juga menyokong tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang didapati bersalah, tetapi menekankan bahawa keghairahan

untuk menghukum tidak seharusnya memberi kesan buruk kepada keseluruhan kumpulan, terutama kepada ahli-ahli yang tidak bersalah atau aktiviti GISBH yang sah dan bermanfaat.

Mengulas lebih lanjut, Takiyuddin menyatakan bahawa Pas percaya terhadap sisi positif yang ditampilkan oleh GISBH melalui jaringan perniagaan mereka.

“Pas percaya bahawa aspek positif kumpulan ini, termasuk jaringan perniagaannya yang luas, harus dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, atau agenda politik tertentu.”

BACA: ‘Orang cakap dapat kerja ni rezeki tapi bukan untuk saya, pernah bergaduh pasal kerja sampai suami cakap nak cerai’