Pas Terengganu tidak akan benarkan Umno bertanding lebih 10 kerusi Dun – Penganalisis

Pas Terengganu tidak akan benarkan Umno bertanding lebih 10 kerusi Dun – Penganalisis

Penganalisis politik dari Ilham Centre, Prof Madya Dr yusri Ibrahim menjangkakan Pas Terengganu tidak akan memberi peluang untuk Umno bertanding lebih dari 10 kerusi Dun di Terengganu.

Kenyataan ini dikeluarkan setelah merujuk satu artikel dalam harakah yang menyebut Pas Terengganu akan mempertahankan kerusi yang dimenangi.

Untuk rekod, Pas menang di 22 kerusi dun dan BN pula sebanyak 10 kerusi. Tiada kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan di Dun Terengganu.

Namun situasi terkini Pas, Umno dan Bersatu telah membentuk pakatan baru yang bernama Perikatan Nasional. Kemelut formula pembahagian kerusi menjadi polemik dalam kalangan ketiga-tiga parti tersebut.

Mengulas hal itu, Dr Yusri turut menyatakan nasib Bersatu di Terengganu adalah “Gelap gambor” , merujuk kepada gelap masa depan.

Dijangka Bersatu tidak akan mendapat tempat di Terengganu kerana persaingan sebelum ini di Terengganu adalah melibatkan Umno dan Pas.

Sumber :