Setiap isi rumah di Malaysia kini hampir pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.
Kereta telah menjadi satu keperluan penting kerana ia memberi kemudahan untuk menjalankan jadual dan aktiviti harian tanpa gangguan.
Walaupun demikian, adakah kita benar-benar faham sepenuhnya tentang fungsi dan ciri-ciri yang ada pada kereta kita?
Kereta-keta yang dibina kini dilengkapi dengan pelbagai ciri dan teknologi tambahan yang memberi manfaat kepada pengguna.
Meskipun pasaran kereta semakin meluas dengan pelbagai pilihan dari kereta tempatan hingga elektrik,
terkadang ciri-ciri istimewa yang ada pada kereta kita masih belum disedari sepenuhnya.
Contohnya, fungsi istimewa yang terdapat pada Proton Saga yang mungkin ramai pemilik tidak tahu wujud pada kereta itu.
Salah satu fungsi tersebut adalah penarik yang terletak di bawah cushion tempat duduk belakang Proton Saga, seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, Faizi Zi (@faizizi70).
Faizi Zi dalam videonya menunjukkan tutorial cara mencabut cushion di tempat duduk belakang untuk memudahkan urusan mencuci kereta.
Pertama, cari penarik di bahagian bawah tempat duduk belakang, yang terdapat di kedua-dua belah bahagian kiri dan kanan tempat duduk. Kemudian, tarik penarik yang menyambungkan cushion dengan tempat duduk kereta.
Selepas itu, tarik cushion kereta dengan berhati-hati dan mudah untuk dicuci sebersihnya di rumah. Dengan ini, proses mencuci dan mengeringkan seat akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Untuk memasang semula, tolak balik cushion secara perlahan-lahan dan berhati-hati kepada keadaan asal.
Semoga maklumat ini bermanfaat dan selamat mencuba.
BACA:Wanita bengang flyer melekat lepas kena hujan ‘Sapa lah buat kerja macam ni!’