“Patutlah abah meroyan masa adik mak atas pelamin, rupanya abah bermain cinta dengan adik mak aku sendiri!”

Oleh ISMAIL YAHYA

Salam sejahtera buat semua pembaca. Aku harap admin post lah cerita aku ni. Aku sekarang diuji dengan anak – anak yang tak sihat hampir setiap minggu.

Aku fikir ini salah satu ujian Allah untuk aku, tapi kadang – kadang aku tak kuat. Tak kuat macam mak aku.

Ya Mak aku! Wanita terhebat yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. Dan tak keterlaluan untuk aku katakan dia WANITA BESI!

Kisah ni dikongsikan oleh mak aku sendiri, sebab aku satu – satunya anak tunggal dan perempuan.

Aku memang dari kecil, segala masalah akan dikongsikan dengan mak aku.

"Patutlah abah meroyan masa adik mak atas pelamin, rupanya abah bermain cinta dengan adik mak aku sendiri!"

Bila aku dah dewasa, cukup matang untuk hadam segala cerita, mak aku bongkarkan kisah hidup dia untuk pengajaran dan pedoman untuk aku. Itupun setelah aku ditigakan oleh bekas suami aku. Kisah pendek je. Tapi InshaAllah boleh dijadikan pengajaran.

Mak aku ada 6 orang adik beradik, 3 lelaki 3 perempuan. Mak aku anak keempat. Kehidupan dari kecil tak begitu menyenangkan sebab seawal 7 tahun mak aku dah bekerja untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Hanya mak aku seorang yang tak dibenarkan bersekolah sedangkan dia bercita – cita tinggi. Mak aku menangis, minta disekolahkan tapi dimarah oleh tokwan aku(bapak mak aku) sebab katanya mak aku perlu jaga adik – adik.

Bila adik – adik buat salah, mak aku mesti makan pen4mpar, menyebabkan telinga kirinya kini, ada masalah pendengaran. Dari kecil sudah diberi kepada saud4ra – saud4ra tokwan untuk menjadi orang gaji dalam rumah dan hampir dir0goI oleh sepupunya sendiri. Alhamdulillah sempat diselamatkan.

Mak aku kena kahwin muda, umur 15 tahun sudah dipinang. Berkahwinlah mak dan bapak aku, dikurniakan 3 orang anak. Kalini mak aku diuji dengan kem4tian anak sulung dia yang berusia setahun lebih. Redha, tapi masih s4kit.

Mak aku mengandung pula abang aku yang kedua. Ketika itu rupanya, bapak aku bermain cinta dengan adik mak aku sendiri. Kantoi dalam keadaan yang mengaibkan. Tak tahu bila kisah cinta mereka ni bermula, sebab mak aku terlalu bersangka baik dengan suami dan adik sendiri (makcik dengan bapak aku pernah pakai baju couple, tapi mak aku masih bersangka baik).

Bila mak aku mengadu dekat tok aku (mak kepada mak aku), dia cakap benda ni jadi sebab salah bapak aku yang goda anak dia, dan salah mak aku yang tak pandai jaga laki. Tapi mak tak salahkan tok, sebab mak memang bukan anak kesayangan. Kuatkan mak aku?

Lepas kantoi, makcik aku dikahwinkan pula dengan anak teruna tua. Mungkin nak tutup malu, nak tutup kesalahan yang makcik dah buat. Maka mer0yanlah bapak aku melihat kekasih hati di pelaminan. Mak aku diabaikan kira – kira setahun.

Tapi mak aku masih bersabar. Takda arah nak pergi, takda tempat untuk mengadu, hanya pada Allah diserahkan segalanya. Kuatkan mak aku? Akhirnya bapak aku sedar kesalahan dia dan minta ampun dengan mak aku.

Kejadian kantoi itu dibiarkan menjadi sejarah hitam dan mak aku buat macam takda apa – apa yang berlaku. Baik seperti biasa dengan adik dia tu. Takda d3ndam. Kuatkan mak aku? Beberapa belas tahun berlalu, lahirlah aku anak yang tak dirancang, hehe.

Lepas 9 tahun aku lahir, abang aku yang kedua pula meninggaI asbab kemaIangan. Anak harapan mak aku. Mak hampir separuh giIa hilang anak dia, redha tapi s4kit yang amat. Allah uji anak aku s4kit, pun aku dah give up, tapi mak aku hilang dua orang anak. Kuatkan mak aku? Allah uji tanda Allah sayang dan kasih, kata mak aku.

Selepas beberapa tahun, aku pun dah besar. Fitnah berleluasa dalam kalangan family kami yang merujuk kepada family aku. Tak perlu aku ceritakan apa fitnah itu, tapi menyebabkan adik beradik anak saud4ra mak aku pulaukan kami.

Bila diselidik, rupanya dalang tu adik mak aku sendiri. Mak aku terduduk, entah di mana silapnya mak aku sampai dia sanggup tik4m kami sekeluarga. Sebab di depan baik seperti malaik4t, di belakang apa yang dia tak cakap.

Mak aku sedih, ada duri dalam daging. Tapi segalanya terbongkar, itu fitnah semata. Dan adik beradik sanak saud4ra datang minta maaf sebab dengar fitnah yang tak sepatutnya, tapi ada juga yang tarik diri, mungkin sebab malu. Malu sebab keluarkan kata – kata keji kat mak aku.

Mak aku maafkan adik dia, tapi nak berbaik seperti dulu, mak aku dah tak mahu. Kuatkan mak aku? Sebelum ni, aku tertanya tanya apa salah family aku dekat makcik aku ni. Rupanya mungkin sebab cinta dengan abang ipar tak kesampaian. Mungkin.

Mak aku kata dia dah tua, sekarang ni dia nak hidup tenang – tenang sahaja. Cukuplah segala kesusahan waktu muda dia. Dia juga pesan, kita kena sentiasa memaafkan untuk tenang, tapi jangan melupakan supaya kita tidak jadi m4ngsa lagi sekali.

Para pembaca tolong doakan kesejahteraan bid4dari aku ya. Aku nak dia bahagia sahaja sekarang ni, tak nak lagi dia d3rita. Semoga ujian – ujian dari Allah ni menjadi asbab dia ke Syurga. Aaminn Ya Rabbal Alaminnn. Terima kasih sebab sudi membaca. – Teratai (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Julia Arshad : Kisah hampir sama dengan sebuah keluarga yang saya kenal juga. Suami ada skandal dengan adik ipar sendiri, tapi isterinya mengambil jalan singkat. Kalah dengan takdirnya. dia tarik nyawa sendiri. Kisah sadis, cuma laki tu kahwin juga dengan adik iparnya sendiri.

Mashitah Mashie : Sedihnya kisah hidup mak confessor. Semoga Allah kurniakan makcik syurga Firdausi. Ameenn yaa rabball alamenn

BACA: “Bakal suami kerja kilang je tapi masa akad nikah tu aku terkedu bila dengar bakal suami sebutkan jumlah mas kahwin buat aku menangis