“Patutlah aku minta ‘bersama’ dia tak nak, nafkah batin aku tergantung 4 bulan, rupanya perempuan itu”

Oleh GEMILANGDAILY

“Patutlah aku minta ‘bersama’ dia tak nak, nafkah batin aku tergantung 4 bulan, rupanya perempuan itu”. TIDAK dapat dinafikan, perhubungan jarak jauh (PJJ) menjadi salah satu faktor berlakunya masalah kecurangan.

Ada yang cenderung untuk mencari ‘peneman’ bagi mengisi kesunyian lebih-lebih lagi jika pasangannya jauh beribu batu.

Begitu jugalah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, di mana dia diduakan oleh suami selepas lelaki berkenaan menemui cinta hati baharu ketika bertugas.

Namun apa yang lebih parah, suaminya sudah terlanjur dengan skandalnya sehingga wanita tersebut berbadan dua!

"Patutlah aku minta 'bersama' dia tak nak, nafkah batin aku tergantung 4 bulan, rupanya perempuan itu"

“Aku dapat tahu laki aku curang dan tengah mengandungkan anak orang, itu pun setelah didesak banyak kali.

“Sebab banyak benda aku jumpa yang mendorong ke arah dia ada perempuan lain. Aku tak tahu nak react macam mana,” tulisnya dalam luahan yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding.

Sungguhpun perit dan sakit hati sebaik mengetahui perkara tersebut, wanita itu berkata dia tidak mahu suaminya berterusan melakukan dosa.

Meskipun perit, wanita tersebut membenarkan suaminya berkahwin lain. -Gambar hiasan

“Aku cuma cakap ‘kalau betul nak, aku bagi bermadu’ walaupun hati aku sakit. Sebab aku memikirkan anak yang tak bersalah dan aku juga punya anak.

“Aku tak nak dia lari dari tanggungjawab. Aku minta dilepaskan tapi dia tak nak. Aku buntu. Sekarang aku bagi dia bermadu walaupun hati aku sakit.

“Patutlah aku minta ‘bersama’ dia tak nak. Nafkah batin aku tergantung empat bulan.

“Rupanya sebab dia tak sentuh aku dia serabut perempuan tu mengandung,” kongsinya.

Bercerita lebih lanjut, wanita tersebut berkata dia sering menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku kerana tiada di sisi suami sehingga lelaki berkenaan kesunyian.

“Jadi macam ni disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Duduk jauh nak dekat setahun lebih. Dia sunyi.

“Perempuan ni pula banyak beli makan. Tolong dia banyak dari segi duit dan jaga time dia kena Covid-19.

Tanya diri sendiri boleh ke lalui jalan hidup macam ni? Kalau tak mampu, silalah lantik peguam failkan fasakh.

“Aku ke bersalah? Kalau dia dekat, sakit, makan, pakai dia semua aku jaga. Sedangkan aku jaga anak seorang diri dari umur lima bulan. Sakit aku, sakit anak. Semua aku jaga seorang. Aku pun sunyi. Tapi aku tahu halal haram.

“Aku sedih sebab aku ditipu hampir setahun lebih,” luahnya.

Sungguhpun membenarkan suaminya berkahwin lain dalam keadaan terpaksa, namun jauh di sudut hatinya, wanita ini berkata dia ragu-ragu lelaki itu mampu berlaku adil.

“Mampu ke dia berlaku adil? Aku takut. Laki aku suka share ape perempuan tu cakap dekat dia. Perempuan tu pula suka desak-desak dia untuk jumpa. Ajak overnight.

“Tapi dia tak pergi sebab aku tak bagi. Cukup-cukuplah buat dosa. Kalau nak, sila cari jalan untuk kahwin sebab aku tak nak dia tambah dosa zina lagi.

Antara komen dan saranan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

pjj momen

“Aku perlukan kata-kata sokongan. Sebab aku rasa macam nak terjun bangunan. Tapi aku sayang anak aku,” akhirinya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan dan dalam masa yang sama mengagumi semangat dan ketabahan hatinya.

Malah mereka menyarankan agar wanita berkenaan ‘membebaskan’ diri dari situasi tersebut serta mencari kebahagiaan sendiri selepas dicurangi.

“Suami ada pilihan dia nak curang atau tak dan dia pilih untuk curang. You pun ada pilihan untuk terus hidup dengan dia atau tak. Hidup bermadu bukan senang.

“Tanya diri sendiri boleh ke lalui jalan hidup macam ni? Kalau tak mampu, silalah lantik peguam failkan fasakh.

“Dah ada bukti, mintak fasakh. Memang anak perlukan bapanya, tapi anak tak perlu hidup dengan perangai bapa macam tu lagi. Angkat kaki sis,” demikian antara komen netizen.

BACA:

Sophia Albarakbah cetus kontroversi lagi, dilihat selamba peluk lelaki dalam wayang

Penduduk kuantan terkejut temui buaya di parit berdekatan taman perumahan, ini pesanan PERHILITAN