Patutlah bil elektrik mencanak naik! Rupanya tersalah beli aircond, ini cara pilih aircond yang sesuai

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Ramai mengeluh bila bil elektrik mencanak naik walaupun menggunakan barang elektrik

Ada yang mempunyai rating bintang penggunaan tenaga yang paling cekap.

Bagi anda yang masih mencari cara untuk mengurangkan kos utiliti, cuba teknik yang dikongsikan oleh Hairul Nizam di laman Facebooknya.

Menariknya, dia berjaya menjimatkan sehingga 50 peratus penggunaan tenaga setelah mengamalkan tip tersebut.

Katanya, ia berdasarkan nasihat daripada pakar elektrikal MAH Bayu Engineering yang disiarkan di YouTube.

Patutlah bil elektrik mencanak naik! Rupanya tersalah beli aircond, ini cara pilih aircond yang sesuai

Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukannya:

1. Gunakan mod cool

Tetapkan alat kawalan jauh pada mod penyejukan (cool) dan suhu 25 darjah Celsius ke atas. Mereka yang menggunakan suhu 28 darjah Celsius akan mengalami penjimatan kerana kompresor hanya bekerja sedikit.

2. Pastikan saiz ruang dan HP bersesuaian

Saiz ruang dan horsepower (HP) memainkan peranan penting dalam penggunaan penyaman udara.

Jika HP kecil tetapi ruang kediaman luas, kompresor penyaman udara perlu bekerja keras untuk menyejukkan kawasan tersebut. Ini adalah sebab mengapa bil elektrik anda terus meningkat.

3. Kira dulu HP aircond sebelum beli

Ramai yang membeli penyaman udara kerana terpengaruh dengan tawaran promosi serta diskaun hebat sesuatu jenama. Pembelian tanpa pengetahuan ini boleh menyebabkan kerugian di kemudian hari.

Oleh itu, elakkan kesilapan ini dan mula kira keperluan HP penyaman udara yang diperlukan.

Formula untuk mengira kesesuaian HP adalah lebar (meter) x panjang (meter) x 70. 1HP sesuai digunakan untuk ruang di bawah 1,000 kaki persegi, dan jika lebih daripada itu, anda perlu menggunakan 1.5HP.

Bagi keluasan melebihi 1,500 kaki persegi, 2HP adalah yang sesuai.

Contoh kiraan: 4 meter x 4 meter x 70 = 1,120, bermakna anda perlu menggunakan 1.5HP.

BACA: Tular video pelajar junior Politeknik dipaksa minum minyak semasa minggu suai kenal