Patutlah Jokowi tidak bertanding kerusi Presiden buat kali ke-3, ini sistem pilihanraya Indonesia ramai baru tahu

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Indonesia baru-baru ini melalui saat penting dalam penentuan arah masa depan negara, iaitu melalui pilihan raya untuk pemilihan kepimpinan pada 14 Februari 2024.

Dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024, terdapat banyak kerusi yang dipertandingkan di setiap peringkat.

Yang paling menonjol di seluruh Indonesia adalah kerusi bagi calon Presiden dan Timbalannya.

Patutlah Jokowi tidak bertanding kerusi Presiden buat kali ke-3, ini sistem pilihanraya Indonesia ramai baru tahu

Pemenang kerusi ini akan diberi mandat oleh rakyat Indonesia untuk memimpin negara.

Seperti yang kita sedia maklum, Pemilu 2024 melibatkan pertandingan tiga pasukan dari tiga gabungan parti politik utama di Indonesia.

Antara calon yang bersaing adalah Anies-Muhaimin dari Koalisi Perubahan, Prabowo-Gibran dari Koalisi Indonesia Maju, dan Ganjar-Mahfud dari Kerjasama Parti Politik.

Sehingga kini, Prabowo-Gibran diyakini telah memenangi kerusi itu secara tidak rasmi berdasarkan kiraan cepat.

Namun, keputusan rasmi hanya akan diumumkan pada 20 Mac akan datang.

Mengapa Jokowi tidak bertanding untuk kerusi Presiden lagi?
Sebagai rakyat negara jiran yang prihatin, kita pasti bertanya-tanya mengapa Presiden Indonesia semasa, iaitu Jokowi, tidak bertanding lagi untuk kerusi tersebut.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam sistem demokrasi dan beraja mungkin kurang memahami sistem republik di Indonesia.

Secara umumnya, negara republik dipimpin oleh satu pemimpin de facto untuk satu tempoh, tanpa digugat oleh kuasa lain seperti kerabat diraja, aristokrat, dan sebagainya.

Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai undang-undang yang jelas dalam perlembagaan untuk mengelakkan Presiden berkuasa secara diktator dan memastikan peluang kepimpinan negara terbuka kepada rakyat Indonesia yang lain.

Joko Widodo memegang jawatan Presiden Republik Indonesia sejak 2014 setelah memenangi pilihan raya pada tahun tersebut.

Beliau sekali lagi memenangi jawatan yang sama pada tahun 2019, menjadikan tempoh perkhidmatannya sebagai Presiden selama 10 tahun.

Apabila ada beberapa rakyat yang meminta beliau bertanding untuk kali ketiga, Jokowi menolak kerana langkah tersebut bertentangan dengan perlembagaan negara.

Beliau menegaskan bahawa beliau akan patuh kepada perlembagaan dan tidak akan melanggar undang-undang yang menghadkan presiden kepada dua penggal sahaja.

Menurut perlembagaan Indonesia, seorang Presiden hanya dibenarkan memegang jawatan selama dua penggal, yang bermaksud tempoh maksimum pemerintahan adalah 10 tahun.

Perlembagaan ini telah dipinda selepas kejatuhan Presiden Suharto yang memerintah secara diktator selama 32 tahun. Sebelum itu, Indonesia juga dipimpin oleh Presiden Sukarno yang berkuasa selama 21 tahun.

Selepas pemerintahan dua presiden dalam tempoh yang panjang, negara itu memutuskan untuk meletakkan had tempoh pemerintahan bagi seorang Presiden.

BACA: “Aku bekerja dan aku juga ibu tunggal, tapi aku je kena jaga mak ayah sakit, anak laki semua mengelat, pantang ada cuti, semua sibuk bawa anak jalan, habis aku takde anak?”