Selain dari memiliki kediaman, memiliki kenderaan sendiri adalah sesuatu yang sangat penting kerana dapat memudahkan perjalanan kita untuk bekerja dan urusan lain.
Bagi mereka yang berminat untuk membeli kenderaan terutamanya motosikal, adalah disarankan
Membaca perkongsian dari Farhan Nordin yang mendedahkan amalan ‘penipuan’ yang kerap dilakukan oleh beberapa kedai.
Dalam perkongsian tersebut, Farhan mengungkapkan bahawa terdapat kedai-kedai yang menjual motosikal dengan harga yang tidak mengikut harga pelancaran, terutama apabila terdapat permintaan yang tinggi.
Beliau menambahkan bahawa kedai juga akan menaikkan harga dari harga yang sepatutnya apabila pelanggan membuat pinjaman, dan terdapat yuran tersembunyi yang sering kali pelanggan terlepas pandang.
Yuran tersembunyi yang dimaksudkan di sini termasuklah yuran pemprosesan wang, dan kedai juga akan mengambil keuntungan daripada pinjaman yang diambil oleh pelanggan.
Oleh itu, penyelesaian terbaik untuk mengelakkan pembayaran berlebihan kepada kedai adalah dengan membeli kenderaan secara tunai.
Walaupun beberapa kedai mungkin akan menyatakan bahawa stok tidak ada jika dibeli secara tunai, namun anda tidak akan terikat dengan pinjaman yang mempunyai harga yang dinaikkan oleh kedai.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai orang dan kebanyakan netizen bersetuju dengan pandangan yang disampaikan oleh Farhan, di mana terdapat kedai yang menaikkan harga secara tidak adil.
Beberapa netizen juga menyatakan bahawa tindakan pemilik kedai seperti ini menyebabkan banyak orang terjebak dalam hutang.