Patutlah lagi untung jual air guna ais hancur dari ais kiub, ini bezanya

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Setiap usahawan mempunyai cara tersendiri untuk meningkatkan hasil jualan dan meraih keuntungan.

Bagi peniaga air balang, helah yang biasa digunakan adalah berasaskan bahan mentah serta jenama produk yang digunakan.

Salah satunya adalah penggunaan ais kiub.

Menerusi satu pendedahan, TheSumKopi menjawab persoalan warga maya tentang perbezaan ais kiub yang sering digunakan oleh peniaga.

Dia juga melakukan demonstrasi menggunakan beberapa jenis ais yang terdapat di pasaran.

Patutlah lagi untung jual air guna ais hancur dari ais kiub, ini bezanya

Dalam video TikTok berdurasi 3 minit 10 saat, yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Kopi’ ini menyediakan ais jenis hancur dan ais kiub ‘baby’ bersama 250 mililiter (ml) kopi.

Kedua-dua jenis ais tersebut dimasukkan ke dalam dua cawan plastik terlebih dahulu.

Kemudian, dia menambahkan 250ml bancuhan kopi ke dalam setiap cawan.

Berdasarkan demonstrasi yang dilakukan, hanya cawan yang berisi ais kiub ‘baby’ dapat dipenuhkan dengan jumlah sukatan yang ditetapkan.

Sementara bagi cawan berisi ais hancur, terdapat lebihan kuantiti air kopi sebanyak 100ml.

Ini membuktikan bahawa air yang diisi dalam bekas berisi ais hancur adalah lebih sedikit berbanding ais kiub ‘baby’.

Oleh itu, tidak hairanlah peniaga yang menggunakan ais hancur dapat menjual lebih banyak unit berbanding kebiasaannya.

BACA: Pak arab dekati Zhiddin Aziz, ajak lakukan hubungan sejenis di Mekah