Patutlah laku keras sup perut di kedai ini, rupanya kedai ini jual sup perut sekali tahi pun ada lagi
Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai dalam mencari makanan yang enak khususnya makanan ‘rare’.
Perkara ini dikuatkan lagi sekiranya didapati sesebuah restoran ini disebut oleh orang ramai berikutan masakannya yang enak.
Dalam pada itu, lain jadinya pada kali ini menerusi sebuah perkongsian yang tular di Twitter Malaysia Most Virall di mana terdapat sebuah restoran yang menawarkan hidangan sup perut yang kurang bersih.
beli sup perut rm20. kononnya kedai tu ramai org kata sedap. jd kita pun terliur try lah beli bungkus nk makan kt rumah,time nk panaskan sup tu bau busuk. tgk2 ada 2 ketul perut bulat penuh taik call peniaga dia ckp tu lemak dlm perut, mcm lah kita ni x pandai beza lemak dgn taik pic.twitter.com/Rpi0Mssz2N
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 29, 2022
Berdasarkan perkongsian, difahamkan pelanggan ini telah memesan sup perut namun apa yang beliau dapati sewaktu mahu menjamah makanan tersebut adalah terdapatnya tahi pada bahagian perut.
Beliau kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak peniaga namun apa yang membuat beliau kecewa adalah respon peniaga berkenaan yang memaklumkan sup perut berkenaan bukanlah dipenuhi tahi sebaliknya hanyalah sekadar lemak.
Sebab ni la aku tak makan perut lembu & organ-organ yang lain. Benda tahik lalu kot. 🤮 https://t.co/qokxoRq2Nr
— IDr. Macaister (@macaister) May 29, 2022
Perkongsian pelanggan yang menerima sup perut beserta tahi ini nyata membuatkan para netizen berasa geli. Malah terdapat netizen yang memaklumkan sebolehnya mengelakkan diri daripada memakan organ dalaman haiwan agar situasi seperti ini dapat dielakkan.
Diharapkan agar isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan pelanggan kecewa, malah mampu mengundang kepada masalah kesihatan pelanggan dan juga masalah kepada bisnes peniaga berkenaan.
BACA: