Patutlah masih diseludup, terdedah komplot jahat stesen minyak dan sindiket

Oleh NADIA HARON

Tidak hanya lima kenderaan pacuan empat roda milik sindiket yang disita, malah tiga stesen minyak di kawasan ini juga terlibat

Dalam penyelewengan diesel dan petrol subsidi dan telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tindakan ini diambil dalam Operasi Tiris yang berlangsung dari Februari hingga April baru-baru ini.

Mohd Koma Shapii, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Gua Musang, menyatakan bahawa ketiga-tiga stesen minyak

Dan lima kenderaan pacuan empat roda itu disita mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Patutlah masih diseludup, terdedah komplot jahat stesen minyak dan sindiket

Beliau mengesahkan bahawa stesen minyak yang terlibat telah disita selama dua hari bagi membolehkan pegawai KPDN mengambil keterangan dan menjalankan siasatan.

“Kes ini masih dalam proses siasatan,” katanya kepada wartawan semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPDN Cawangan Gua Musang.

Mohd Koma menyatakan bahawa jumlah diesel yang dirampas adalah sebanyak 2,032 liter manakala petrol pula sebanyak 643 liter.

“Nilai kenderaan pacuan empat roda yang disita dianggarkan melebihi RM80,000.

“Operasi Tiris masih diteruskan. Kami akan terus memantau dan menyiasat untuk membanteras penyelewengan barangan kawalan yang disubsidi,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pemilik stesen minyak agar lebih berwaspada dan memberi kerjasama dengan KPDN dengan menyampaikan maklumat sekiranya terdapat pengisian minyak melebihi kuantiti yang ditetapkan.

BACA: Akaun fleksible tak sesuai untuk 4 golongan ini, no.2 tu ramai buat tanpa sedar