Patutlah meremang bulu roma bila lalu, rupanya LRT Kelana Jaya bawah tanah perkuburan
Menjadi tumpuan pengguna Transit Aliran Ringan (LRT), laluan menuju ke Kelana Jaya adalah antara laluan yang paling sibuk di Lembah Klang.
Namun tahukah anda, terowong laluan LRT ini sebenarnya dibina di bawah tapak Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Terletak lebih 40 meter di bawah tanah kubur, terowong laluan LRT ini rupa-rupanya menyimpan sejuta rahsia mistik yang masih belum terungkai.
Mengejutkan, perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna media sosial menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya, @radinfikri.
Berkongsi video animasi grafik, rakaman berdurasi 22 saat itu memaparkan dengan jelas lokasi sebenar terowong laluan LRT berkenaan.
@radinfikri betul ke, cer komen. #tiktok #seram #paranormal #malaysiatiktok #malaysia #anker #kl ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton mengakui pernah melalui pengalaman mistik ketika menggunakan laluan itu.
Berikut kami kongsikan beberapa kejadian mistik di terowong LRT laluan Kelana Jaya yang pernah tular perbualan hangat di kalangan netizen Malaysia.
1. Kelibat Lelaki Berjubah Putih
Seorang wartawan tempatan mengaku pernah ternampak kelibat lelaki berjubah putih ketika melawat terowong bawah tanah di laluan LRT berkenaan.
Malah, wartawan tersebut sempat merakam imej misteri tersebut secara tidak sengaja yang memaparkan kelibat seorang lelaki sedang berdiri.
Kakitangan yang bertugas juga mengakui pernah menerima beberapa ganguan mistik selain penampakan lelaki tua berkenaan,
“Dulu ada gangguan seperti terdengar suara orang bercakap dan macam-macam lagi. Sebab itu kita selalu pesan kepada staf jangan celupar dan jaga adab.
“Malah, jika ternampak apa-apa mencurigakan jangan sesekali tegur, sebaliknya buat saja kerja seperti biasa,” katanya memetik Berita Harian.
2. Penampakan Pocong Dalam LRT
Seorang pengguna media sosial tidak pernah melupakan satu kejadian misteri yang pernah dialaminya ketika menaiki LRT pada tahun 2003 lalu.
BACA: Untung siapa yang lahir bulan Ogos, KLCC nak bagi tiket percuma naik menara berkembar Petronas