Patutlah mudah diserang ‘Anxiety’, ini 5 jenis makanan yang menjadi punca

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kegelisahan atau anxiety yang melampau adalah salah satu gangguan mental yang paling biasa, menjejaskan hampir 30%

orang dewasa pada satu ketika dalam hidup mereka.

Sebenarnya, terdapat makanan yang sebaiknya dielakkan oleh mereka yang mengalami masalah kegelisahan!

1. KAFEIN

Kopi adalah sejenis stimulan. Bagi penghidap kegelisahan, pengambilan kopi mungkin memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Patutlah mudah diserang 'Anxiety', ini 5 jenis makanan yang menjadi punca

Walaupun kopi dianggap selamat jika diambil dalam dos rendah, kajian menunjukkan bahawa minuman ini boleh menyebabkan keresahan menjadi lebih serius dan berpotensi mencetuskan serangan panik!

2. GULA

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, peningkatan pengambilan gula dalam diet harian dapat meningkatkan risiko depresi.

Makanan yang manis boleh meningkatkan kadar gula dalam darah, yang seterusnya menyebabkan anda menjadi semakin resah!

3. MAKANAN SEGERA ATAU DAGING DIPROSES

Daging yang diproses dan makanan segera seperti pizza, sosej, kentang goreng, gula-gula, serta makanan bergoreng adalah antara penyebab inflamasi. Jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan kegelisahan dan mengganggu mood anda.

4. MINUMAN BERALKOHOL

Menurut pakar, minuman beralkohol mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan. Ia bukan sahaja menyebabkan dehidrasi, tetapi juga boleh mencetuskan pelbagai simptom kegelisahan.

5. UBAT-UBATAN TERTENTU

Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai kesan sampingan tertentu. Malah, ada di antaranya yang boleh mencetuskan simptom kegelisahan atau serangan panik.

Antara ubat yang mempunyai kesan sampingan sedemikian adalah ubat-ubatan untuk tiroid dan asma. Jika anda mengambil ubat untuk merawat kegelisahan, seperti benzodiazepines, pastikan anda mengikuti arahan doktor.

BACA: ‘Dulu hafal sifir menangis, sekarang hari-hari soal aku pasal sifir’ Bapa kongsi kenapa UPSR PT3 wajar dimansuhkan