‘Patutlah perniagaan suami down, kemalangan 3 kali, hampir ragut nyawa dia, serabut serba serbi, rupanya ini kerja dia belakang aku’

Oleh NADIA HARON

Salam semua, saya Tiara umur pertengahan 40-an. Sudah berkahwin hampir 25 tahun. Ada seorang anak itupun setelah TTC dekat 12 tahun.

Suami umur awal 50-an, bekerja dalam bidang profesional. 10 tahun lepas, saya dapat tahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.

Sebelum tu saya sudah perasan per4ngai suami ada hint – hint ke arah tu. Tapi mungkin suami masih tak kenal saya sangat,

kalau dia nak kahwin lain saya benarkan saja. Jadi hubungan itu dia jalinkan serba rahsia dengan pertolongan kawan – kawan rapat dia.

Kami ketika itu fasa selesa dengan kerjaya masing – masing. Hidup saya ketika itu, anak, kerja dan akhir sekali, dia suami.

'Patutlah perniagaan suami down, kemalangan 3 kali, hampir ragut nyawa dia, serabut serba serbi, rupanya ini kerja dia belakang aku'

Saya rasa dia pun macam tu. Saya walaupun ada firasat suami ada hubungan luar tapi masih belum nak berdepan dengan suami sebab hendakkan dia sendiri yang mengaku pada saya.

Saya dah siap sedia kalau dia minta izin nak kahwin saya dah ready luar dalam dan izinkan. Namun dari sehari ke sehari minggu ke bulan ke tahun. Suami masih senyap dan layan saya dan anak macam biasa dan saya beranggapan mungkin setakat flirting saja kot hubungan suami.

Oh ya saya bukan setakat firasat, banyak kali rakan rapat nampak suami dan perempuan tersebut keluar berkepit ke sana ke sini. Appearance perempuan itu? Cantik, tinggi, putih memang tak padan dengan suami saya yang serba serbi opposite, tapi sebab saya kenalkan suami macam mana orangnya, caring, mulut manis, konon baik dan prihatin saya agak sebab itula yang buat perempuan tu melekat.

Selepas beberapa ketika, suatu hari saya dapat text whatsapp, bertanyakan boleh ke call saya. Saya maklumkan, call lah, rupanya yang call tu kekasih suami saya. Rupanya lagi, suami saya sudah putuskan hubungan dengan gf dia tu sebulan lepas.

Saya hela nafas dan tanya mana dapat nombor, gf suami maklumkan dia ambil dari phone suami masa suami tak perasan. Saya tanya lagi nak buat apa call saya kalau hubungan dah putus. Tiba – tiba ex gf suami menangis meraung (terk3jut saya) dalam sedu tangis dia maklumkan suami mula jauhkan diri dan kemudian minta putus.

Hubungan mereka dah ke bilik tidur dan dia maklumkan suami kerjakan dia macam mereka tu laki bini. Sepanjang setahun setengah mereka berhubungan, hampir beratus kali buat benda z1na tu. Saya memang terpana dalam hati, bukan main suami saya, dengan saya bini yang sah nak berhubungan kelamin dari awal kahwin sampai waktu tu pun boleh kira aje kot berapa kalinya.

Selepas ex gf suami habis nangisnya, saya maklumkan awak nak saya buat apa? Dengar kisah beromen awak ni apa hala tujunya. Dia maklumkan minta saya tanya pada suami kenapa buat dia macam tu. Dia ikhlas cinta dan sayangkan suami.

Dia sanggup jadi bini no 2 dan sanggup segalanya asalkan dapat kahwin dengan suami saya. Dengan tak malunya ex gf suami minta saya pujuk suami supaya terima dia semula. Entah kenapa saya masa tu sikit tak marah pada ex gf dan suami.

Saya janji saya akan maklumkan pada suami dan letak telefon. Malamnya saya terus tanya suami dalam bilik tapi sebab dah tahu per4ngai dia kan, seperti yang dijangka suami senyap tak berkutik. Tak minta maaf, tak mengaku salah, tak menidakkan, semua tak dan percayalah, itulah kali terakhir saya bercakap berkenaan hal itu sampailah sekarang.

Agak kecewa tapi being me yang serba serbi tenang, saya lepaskan perkara tersebut malas nak serabut. 2 hari kemudian ex gf suami call saya semula dan tanya berkenaan suami, saya jelaskan sebaiknya, suami tak mahu langsung bercakap berkenaan dia dan saya tak dapat buat apa pun.

Sebaik dengar, ex gf suami menangis lagi beria sambil cakap, saya sayang cinta dia, dia dah sentuh saya dia saja yang layak kahwin dengan saya. Dengar suara ex gf suami yang patah hati sungguh, sedih sungguh rasa hati. Saya nasihatkan ex gf suami untuk moves on.

Dia cuma maklumkan hati saya betul – betul h4ncur. Itulah perbualan terakhir kami. Selepas itu hubungan saya dan suami kembali rapat zahir batin, saya beranggapan suami dah menyesal dan nampak dia bertaubat dan saya sebagai isteri pilih untuk teruskan hidup dan jalani life macam biasa.

Ex gf suami, saya tak ada dengar kisahnya selepas itu. Namun sekarang, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, saya perasan suami bertimpa – timpa ujian dan masalah yang ditanggung. Perniagaan down, eksiden 3 kali, 1 hampir r4gut nyawa dia. Disaman rakan kongsi. Serabut serba serbi.

Saya anggap ujian dari tuhan pada suami tapi hati kecil saya sering tertanya, mungkin ini kifarah suami yang mainkan perasaan wanita yang ikhlas sayang pada dia? (saya merujuk pada ex gf ). Saya riki – riki berkenaan hal ex gf suami saya pada seorang rakan. (rakan saya kenal pada sahabat ex gf suami).

Saya berharap pada ketika itu, dia dah berkahwin, ada anak dan hidup bahagia. Namun sebaliknya berita yang saya dapat. Selepas kena tinggal, ex gf suami frust teruk. Katanya menangis berbulan – bulan, berubat sana sini.

Berhenti kerja dan balik kampung. Sekarang kerja di kampung halaman, doktor dah diagnosed ptsd on meds dan tak kahwin sampai sekarang. Saya cuba cari facebook ex gf tu dan jumpa. Lain sungguh wajah dan diri jika nak dibanding dengan appearance yang diceritakan kepada saya.

Wajah gelap kusam, badan masih lansing tapi muka macam menanggung segala remuk redam. LagiIah kuatnya tanggapan saya atas apa yang terjadi pada suami. Adakah segala baIa yang suami hadap sekarang atas sebab kif4rah dia h4ncurkan hati manusia yang lain?

Kalau sebab saya, saya tak rasa begitu. Saya orangnya tak mahu pening – pening, jika ada d0sa suami pasa saya, saya sentiasa maafkan dunia akhir4t. Saya nak hidup tenang tenang. Saya pada dan ketika ini, ingin sangat – sangat berbincang dengan suami berkenaan hal ex gf dia dan kesan pada apa yang dia dah lakukan tapi itulah saya tahu, suami akan pilih untuk senyap dan diam.

Saya nak sangat sangat suami mengaku salah silap dia dan minta maaf pada ex gf dia dunia akhir4t. Macam mana ya? – Tiara (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nuriah Abdrazak : I tak rasa your husband akan mengaku sis. Mereka lebih memilih diam. Even bukti dah terpampang di depan mata. Ex girl your husband nii.. Mungkin masih anak d4ra kot masa mengenali your husband.

Jadi perasaan tu lain.. berbanding kami yang dah janda nii.. spark tu lain. Jaga diri u baik – baik sis. Buat laa cek up.. nak cegah peny4kit.. Tu jaa..then.. kawan dengan Allah sungguh – sungguh.

Radin Radin : Dia punya tenang, aku baca the whole confession tanpa ada sekutik api pun timbul. Langsung tak rasa tr1ggered. Ikhlas dia punya tenang tembus sampai sini. Rasa rosak pulak tak boleh nak marah.

BACA: Terjawab punca petugas KLIA cedera ditumbuk penumpang