Kira-kira 80 peratus daripada 300 pengunjung yang hadir ke Genting Discotheque, sebuah kelab malam yang dikendalikan
oleh Genting Hotel di sini pada setiap malam Jumaat dan Sabtu, adalah rakyat Malaysia, terutamanya dari Kelantan.
Pengarah Urusan Genting Hotel, Sompoch Hongkittiyanonta, berkata kebanyakan golongan muda
Dari negeri Cik Siti Wan Kembang memilih untuk menginap dan berhibur di kelab malam ini.
Menurut Sompoch, Genting Discotheque adalah kelab malam yang dianggap paling selamat di Sungai Golok,
kerana pihak pengurusan sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap semua pengunjung yang datang untuk berhibur.
“Pengunjung yang dibenarkan masuk mesti berusia 20 tahun ke atas. Selain itu, dadah adalah dilarang sama sekali di kawasan kelab malam ini. Kelab ini juga sentiasa dipantau oleh polis tempatan,” katanya.
Beliau menambah bahawa kelab malam tersebut mampu menampung seramai 300 orang pelanggan pada satu-satu masa, terutama pada malam minggu. Hampir 80 peratus pengunjung yang berhibur di Genting Discotheque adalah dari Malaysia, khususnya Kelantan.
Sompoch turut menjelaskan bahawa pihaknya menyediakan lokar atau almari yang boleh dikunci di pintu masuk kelab malam bagi membolehkan pengunjung yang membawa senjata api menyimpannya. Ini kerana, kelab malam ini melarang senjata api dibawa masuk. “Ada juga pegawai polis dan pegawai kerajaan yang memiliki lesen senjata api datang untuk berhibur di sini. Oleh itu, kami menyediakan lokar untuk penyimpanan senjata api mereka,” katanya.
Kelab malam ini beroperasi dari pukul 10 malam hingga 2 pagi, dengan tiket masuk berharga 350 Baht (RM35), yang turut termasuk segelas air percuma. Sompoch juga menegaskan bahawa hanya pengunjung berusia 20 tahun ke atas yang dibenarkan masuk, membidas dakwaan yang mengatakan pelajar sekolah turut hadir ke kelab malam ini.
Difahamkan, Genting Discotheque adalah salah satu daripada tiga kelab malam yang popular di Sungai Golok, selain Marina Hotel dan Riviera.
Selain itu, terdapat juga puluhan pub kecil di sekitar pekan Sungai Golok yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk berhibur.
BACA:Pemilik kenderaan berdepan detik cemas bila tayar kereta digigit seekor harimau