Patutlah ramai nak sangat kerja kerajaan, ini gred gaji JUSA yang ramai tak tahu
Apa itu JUSA? Mungkin ramai yang tertanya-tanya apabila melihat kereta mewah yang tertulis JUSA A, JUSA B, JUSA C pada nombor platnya.
Untuk pengetahuan semua, JUSA adalah singkatan dari perkataan Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA).
JUSA terbahagi kepada beberapa kelas iaitu JUSA A, JUSA B dan JUSA C. Setiap kelas atau gred JUSA ini mempunyai gaji pokok dan elaun yang berbeza-beza.
JUSA A adalah gred jawatan yang menerima gaji pokok paling tinggi. Untuk penerangan yang lebih jelas lagi lihat senarai di bawah:
JUSA C (Gred Khas C/VK7/VU7)
Gaji Pokok: RM7,189-RM14,587 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM2,500
Elaun Perumahan: RM1,300
Elaun Insentif Khas: RM500
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Pengarah Negeri/Pengarah Bahagian/Setiausaha Bahagian/Professor Universiti Gred Khas C/Pendaftar Universiti JUSA C/Pengetua
Cemerlang JUSA C/Timbalan Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas C/Doktor Perubatan Gred Khas C/Doktor Pakar Gred Khas C/Timbalan Pengarah Hospital
Besar/Pengarah Hospital Besar/Timbalan Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Negeri/Deputi Komisioner Polis/Brigedier Jeneral Tentera Darat/Laksamana Pertama Tentera
Laut/Brigedier Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong
.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.
JUSA B (Gred Khas B/VK6/VU6)
Gaji Pokok: RM7,788-RM15,900 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM3,050
Elaun Perumahan: RM1,600
Elaun Insentif Khas: RM750
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Timbalan Pengarah Kementerian/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas B(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Pendaftar Universiti JUSA B/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA B/Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas B/Doktor Perubatan Gred Khas B/Doktor Pakar Gred Khas B/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Ketua Polis Negeri/Senior Deputi Komisioner Polis/Mejar Jeneral Tentera Darat/Laksamana Muda Tentera Laut/Mejar Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya.
Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.
JUSA A (Gred Khas A/VK5/VU5)
Gaji Pokok: RM8,465-RM17,331 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM4,000
Elaun Perumahan: RM2,000
Elaun Insentif Khas: RM1,250
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM2,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas A(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA A/Naib Canselor Universiti JUSA A/Timbalan Rektor Universiti JUSA A/Rektor Universiti JUSA A/Timbalan Ketua Pendaftar Kehakiman/Pengarah Jabatan (Komisioner Polis) Polis Diraja Malaysia/Leftenan Jeneral Tentera Darat/Laksamana Madya Tentera Laut/Leftenan Jeneral Tentera Laut dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya.
Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan juga gelaran Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Sebagai tambahan, berikut adalah gaji dan elaun bagi jawatan gred TURUS:
TURUS III (Gred Khas TURUS III/VK4/VU4)
Gaji Pokok: RM9,315-RM18,891 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5000
Elaun Perumahan: RM2500
Elaun Insentif Khas: RM1,500
Elaun Pembantu Rumah: RM1000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS III (Layak mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Naib Canselor Universiti TURUS III/Rektor Universiti Turus III/Ketua Pendaftar Kehakiman/Timbalan Ketua Polis Negara/Jeneral Tentera Darat/Laksamana Tentera Laut/Jeneral Tentera Udara/Ketua Pesuruhjaya SPRM/Ketua Pengarah Kastam Di-Raja/Ketua Hakim Syariee/Akuantan Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
TURUS II (Gred Khas TURUS II/VK3/VU3)
Gaji Pokok: RM10,242-RM20,402 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,100
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM1,750
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah/Ketua Pengarah Kesihatan/Ketua Audit Negara/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS II (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Ketua Polis Negara (Inspektor Jeneral Polis)/Panglima Angkatan Tentera (Jeneral/Laksamana)/Timbalan Peguam Negara/Timbalan Ketua Hakim Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
TURUS I (Gred Khas TURUS I/VK2/VU2)
Gaji Pokok: RM11,021-RM22,034 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,200
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM2,000
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/Peguam Negara/Ketua Hakim Negara/Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS I (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja) dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Ketua Setiausaha Negara/KSN (VK1/VU1)
Gaji Pokok: RM11,971-RM23,577 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,300
Elaun Perumahan: RM3,000
Elaun Insentif Khas: RM2500
Elaun Pembantu Rumah: RM2,000
Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Negara. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Diharap maklumat yang diberikan di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengetahui mengenai jawatan Gred JUSA, Gred TURUS dan Gred KSN.
Jika terdapat kesilapan mengenai maklumat tersebut diharap diperbetulkan. Setakat ini, itu sahaja maklumat yang boleh diterima mengenai jawatan tersebut.
BACA:
‘King’ megah di Malaysia tapi tak laku di Indonesia, ini punca sebenarnya